Saturday, 25 February 2017

7 Gambar Ngeri: Sampai Hati Ayah Cekik, Tumbuk Dan Buang Abang Ke Dalam Semak


Medan: ”Ayah cekik dan pukul muka abang sampai berdarah dan membuangnya ke semak” kata kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun satu-satunya saksi yang menyaksikan bagaimana abangnya dibunuh kejam oleh ayah kandungnya sendiri.

Aldi 10 tahun ditemui mati dibunuh dan di buang dalam semak dipercayai dibunuh oleh ayah kandungnya sendiri Mangasa Sibarani 36 di Desa Aek Lung medan.

Menurut pengakuan suspek, malam sebelum kejadian dia ada berselisih faham dengan isteri dalam panggilan telepon kerana isterinya jarang balik rumah sebab tempat kerja yang terlalu jauh, dalam panggilan itu suspek menyuruh isterinya balik rumah esok untuk berbincang mengenai masalah keluarga.

Kira-kira jam 4 petang, suspek yang menunggu isternya dirumah sejak pagi menyuruh anaknya Aldi membeli rokok ke kedai Pak Candra yang agak jauh dari rumahnya.

Selepas 30 minit, mangsa belum juga balik, suspek kemudian cuba mencari dan menanyakan kepada beberapa orang sama ada mereka melihat anaknya atau tidak. Ketika ditanya kepada tuan kedai, tuan kedai berkata bahawa Aldi sudah pun balik kejak tadi.

Suspek bersama anaknya andre 8 tahun menaiki kereta untuk mencari mangsa. dalam perjalanan dia melihat mangsa keluar dari dalam semak hendak menyeberangi jalan, suspek melanggar anaknya dengan sengaja.

Tanpa sembarang amaran suspek yang berang terus mencekik anaknya menggunakan tangan kiri dan menghumbanya ke dinding kereta.

Suspek terus menumbuk wajah anaknya tanpa belas kasihan, mangsa yang dalam keadaan menangis (tidak dapat berdiri) dihentukan kepalanya ke dinding kereta sebanyak dua kali.

Tak cukup dengan ini mangsa yang sudah terlentang di jalan dipijak tiga kali yang mengakibatkan tulang rusuk patah.

Suspek kemudian meletakkan mangsa di belakang kereta sebelum membuang mayatnya kedalam semak, adik mangsa yang berusia 8 tahun hanya terdiam membisu menyaksikan abangnya dibunuh.

Pembunuhan berkenan terbongkar selepas ibu mangsa sampai dirumah dan bertanya kepada Andre dimana abangnya Aldi yang tidak muncul sejak dia sampai.

Bagaimanapun ayah mangsa menyerahkan diri kepada pihak polis dan mengakui bahawa dia menyesal atas apa yang dia lakukan, atas pengakuan itu suspek di tahan oleh pihak polis.









from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lS0Q4D
via IFTTT