Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah mula menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sejak pagi tadi.
Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menjadikan gambar terbabit sebagai bahan jenaka mendapat kritikan hebat dari pengguna Twitter yang lain.
"Seorang lelaki yang tahu tempatnya", tulis pengguna Twitter terbabit sebagai kapsyen gambar itu.
Beberapa jam selepas itu, pengguna Twitter yang lain mula tampil mengkritik kapsyen yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif.
Namun, isu berkenaan mula meletup apabila seorang lagi pengguna Twitter, Zane, membalas balik tweet itu dengan berkata: "Lelaki yang bekerja keras ini bangun setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak digemari orang ramai bagi memberi makan keluarganya dan sekarang kamu mahu menghina dia?"
Tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari ia dimuat naik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.
Rata-rata pengguna Twitter lain bersetuju dengan Zane dan menyifatkan pemuat naik gambar itu sebagai tidak sopan.
"Tiada siapa yang mahu kerja ini dan dia lakukan untuk dapatkan duit. Dia boleh tidur jika dia mahu. Saya bersetuju ianya lawak yang kurang ajar." tulis Cerri.
"Ayat yang bagus Zane. Kita tidak boleh buat lawak seperti itu, terdapat banyak cara lain untuk membuat lawak yang sama tetapi dengan lebih sopan" tulis Jemias.
Bagaimanapun, ada juga yang berkata lawak berkenaan tidak ditujukan hanya kepada pemugut sampah berkenaan, tetapi kepada semua lelaki di dunia.
"Zane, kamu tidak faham lawak itu. Ia bermaksud bahawa lelaki adalah sampah." kata Dina.
Sumber: Siakap Keli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2l9HCnO
via IFTTT