Saturday, 25 February 2017

Ibu Terkejut Nampak Anak Jadi Kanibal, Meratah Mayat Kanak-Kanak Di Rumahnya..


UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang ibu tergamam melihat anak lelakinya sedang meratah mayat seorang kanak-kanak lelaki di rumah mereka, baru-baru ini.

Nazim Miyan yang berumur sekitar 20-an itu dikatakan menyerang dan mengheret mangsa, Mohammad Monis, 7, ketika kanak-kanak malang itu bermain dengan rakan-rakannya di luar rumah.

Miyan membunuh Monis dengan memenggal kepala dan memotong bahagian anggota badan yang lain kepada cebisan kecil sebelum memakan cebisan daging dari badan mangsa.

Tidak menunggu lama, ibunya yang menemui Miyan lantas menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Polis tiba di rumah Miyan dan mendapat lelaki itu duduk tenang di sisi mangsanya.

"Sewaktu Miyan ditahan, ramai penduduk kampung berkumpul dihadapan rumah dan cuba menyerangnya.

"Mereka meminta Miyan dihukum bunuh atas apa yang telah dilakukan," kata seorang pegawai polis kepada the Hindustan Times.

Polis dalam masa sama turut mengesahkan kulit pada bahagian abdomen mangsa hilang, dipercayai telah dimakan Miyan.

"Sewaktu kami menemui mangsa dan suspek, kami dapat lihat percikan dan tompokan darah di seluruh dinding dan lantai," kata pegawai polis itu lagi.

Miyan kemudiannya ditahan pihak berkuasa dan dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Polis bagaimanapun menghadapi kesukaran menyoal siasat lelaki itu kerana tidak dapat memahami apa yang diceritakan oleh suspek.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mqTuTv
via IFTTT