Friday, 24 February 2017

Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Dah Bernikah..


PETALING JAYA: Selepas berteka-teki dan bermain tarik tali mengenai hubungan mereka, pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak, Jep Sepahtu, 32, mengejutkan peminat apabila bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di sini, pagi tadi.

Majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri kira kira 250 tetamu.

Media yang dapat menghidu majlis itu, mula menunggu di dewan berlangsungnya pernikahan sejak awal pagi tetapi dilarang masuk.

Penganjur turut mengawal ketat pintu masuk dewan utama sambil memberitahu media tidak dibenarkan membuat liputan.

BH Online difahamkan tetamu dilarang memuat naik foto berkaitan majlis berkenaan ke laman sosial.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu. Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Spekulasi percintaan Sari dan Jep bertebaran sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram.

Bulan lalu, luahan spontan Sari dengan komen 'Handsomenya' dan 'I Love You' di Instagram ketika Jep membuat persembahan secara langsung, menarik perhatian ramai.

Jep sebelum ini mengaku bersedia menerima pelakon jelita itu sebagai teman hidup andai ditakdirkan jodohnya.

Sari menerusi kenyataannya kepada BH Online baru-baru ini, lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan kisah cinta mereka.

Sari juga mengaku menyenangi personaliti Jep.

Majlis pernikahan tertutup ini turut dihadiri rakan artis seperti Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Sumber: Berita Harian Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lEXTUp
via IFTTT