Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak gitu? Ramai yang tahu pepatah tu tapi tak beramal. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Cuma nak istiqamah tu yang payah kan. Hari ni kami nak kongsikan kepada anda khasiat air rebusan serai dan halia ni.
1. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
2. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.
3. Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Buat yang over STRESS tuu…. boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress.
5. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
6. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
7. Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Cara penyediannya:
3 batang serai - di ketuk
3 inci halia - di ketuk
Air dalam 1 litter
a) Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak dalam 1jam hingga air bertukar colour ala-ala tea-o.
b) Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Minum setiap pagi atau malam.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mi05P8
via IFTTT