-
Minggu lalu, orang ramai tidak henti-henti bercakap mengenai satu topik yang sangat hangat di media sosial iaitu 'Valet Doa'
-
-
Kedengaran memang agak pelik, bagaimana doa pun boleh 'divaletkan'?
Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.says.com
-
-
Namun, kalau diperhatikan, zaman sekarang ni memang sudah banyak 'servis' sebegini rupa. Yang membezakan adalah jenis dan bentuk kegunaannya saja. Antaranya:
-
1. Valet doa
-
-
Seperti yang kami ceritakan sebentar tadi, valet doa ini adalah satu servis di mana anda boleh mengupah seseorang untuk membacakan doa secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini dicipta khas untuk mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah tetapi mempunyai beberapa hajat yang ingin dikabulkan.
Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin yang mana servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.
Pakej bermula dari RM250 sehingga RM5,000 bergantung kepada lokasi doa dibuat dan jumlah doa yang dipohon. Semakin banyak doa, semakin tinggi caj yang dikenakan.
Jadi agak-agak kalau kita bayar untuk 5 doa, berapa doa yang akan dikabulkan? Hmm...says.com
-
-
2. Kelas Al-Quran jet peribadi mewah
-
-
Kelas yang menawarkan pakej mengaji Al-Quran dan meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400 ini telah menjadi bualan orang ramai sejak minggu lalu. Kelas ini bakal dikendalikan oleh Johan Qariah tilawah Al Quran terkenal iaitu Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Kelas ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan jet peribadi iaitu Elite Jets Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam.
Hmmm... pakej yang ditawarkan pun boleh tahan bermula dengan daripada harga ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit!
Jika anda nak join kelas tilawah di dalam jet mewah ini tanpa terbang ke awan, yuran yang dikenakan HANYA RM2,000 sejam. Dan sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah sambil terbang di udara anda perlu membayar sebanyak RM33,000 sejam.
So macam mana? Nak cuba?says.com
-
-
3. Sapuan Sunnah
-
-
Geleng kepala pun ada kami dibuatnya tatkala melihat iklan sebegini. Produk yang dijual adalah produk seks dan model yang digunakan pula adalah 'ala-ala' perempuan berniqab dari timur tengah.
Kami sendiri pun tak faham 'Sapuan Sunnah' apa yang dimaksudkan. Tapi yang penting pendekatan dan bahasa yang digunakan amat memalukan.says.com
-
-
4. Milo + Air Zam Zam
-
-
Seperti kita tahu, air zam zam memang banyak khasiatnya. Ia merupakan air dari telaga yang terletak di kawasan Masjidil Haram, sebelah tenggara Kabah, berkedalaman 42 meter. Disebabkan air ini hanya boleh diperolehi di tanah suci Mekah, jadi untuk menarik pembeli, satu gerai yang menjual air milo telah menjual air minuman tersebut yang dicampurkan bersama air zam-zam. Gambar ini telah tersebar luas di laman sosial sejak tahun lepas lagi.says.com
-
-
5. Baju Melayu Sunnah
-
-
Bukan saja 'Sapuan Sunnah', Baju Melayu pun ada yang dijual dalam versi sunnah. Beradasarkan gambar di atas, katanya tukang jahit pernah bermimpi berjumpa nabi. Jadi agaknya setelah bermimpi, tukang jahit terus mendapat ilham menghasilkan Baju Melayu ini.
Hmm... tapi musykil juga bagaimana pula ia boleh dipanggil sunnah? Mungkin ada yang kurang jelas, sunnah dalam Islam bermaksud sikap, tindakan, ucapan dan cara Rasulullah SAW menjalani kehidupan sehariannya. Contohnya, memakan kurma sewaktu bersahur dan berbuka di bulan Ramadan. Jadi bagaimana pula Baju Melayu ini boleh dilabelkan sebagai sesuatu yang 'sunnah'?says.com
-
-
6. Telur Halal
-
-
Yang ini pula telur yang dijual dengan cop 'Halal'. Pening kepala pun ada tatkala membaca penerangan dan info mengenai telur ini. Katanya ayam-ayam yang menghasilkan telur ini telah diperhatikan pergaulannya agar tidak terlibat dengan pergaulan dan seks bebas.
"Kami menjamin setiap penjantan hanya boleh membuahi 4 indukan sesuai syari'ah."
Hmmm sungguh musykil bagaimana pula telur ini diklasifikasikan sebagai halal. Jadi, ayam kampung kat kampung kita tu boleh makan ke tidak?says.com
-
-
7. Ayam terapi Al-Quran
-
-
Bukan sekadar telur, ayam juga kini dijual setelah diterapikan dengan ayat suci Al-Quran. Katanya, ayam-ayam dibela dalam gelombang Al-Quran. Wow agak rare danpower, tapi bagaimana mereka lakukannya?
Ayam ini juga dikatakan boleh membuat minda kita jadi lebih tajam kalau kita makan. Bukan itu sahaja, kesihatan kita pun akan bertambah baik dengan memakan ayam-ayam terapi ini.
Menurut sumber, selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika itu, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah.
Berbeza dengan harga ayam biasa, ayam-ayam yang digelombangkan dengan bacaan Al-Quran ini dengan harga RM14 sekilo. Dua kali ganda daripada harga biasa.says.com
-
-
8. Air terapi gelombang azan
-
-
Kalau ayam pun dah digelombangkan dengan Azan, tak kan air pun kita tak nak gelombangkan? Katanya air ini sangat bagus diminum dan diedarkan oleh Furqan Network Marketing.
Cuma kami tertanya-tanya bagaimana air ni dibuat ?
Di azan kan setiap botol?
Di azan kan dalam tangki air?
Di azan kan dalam kolah air?
Di azan kan dalam kolam?
Di azan kan di sungai?
Kalau begitu, bagaimana pula dengan air kolam masjid yang hari-hari terima gelombang azan? Itu belum lagi dengan gelombang surah Al-fatihah yang imam bacakan setiap kali solat. Mesti lebih mahal kan?says.com
-
-
9. Air terapi Al-Khodafi
-
-
Jika anda fikir air terapi azan tak cukup bagus, anda boleh dapatkan air Al-Khodafi ini. Katanya air ini boleh merawat saka, sihir, santau dan gangguan mental kerana keistimewaannya. Air ini dirawat dengan kaedah Nano Hydronium serta mengandungi pelbagai bahan baik seperti sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran) dan air hujan malam Jumaat 10 Muharam. WOW!
Yang kami pelik, kalau malam Jumaat 10 Muharam tu tak hujan, macam mana pulak diorang nak dapatkan?says.com
-
-
Serius geleng kepala dan layak diberi facepalm. Isu ini turut dikemukakan seorang pengguna Facebook, Auni Ameera dalam satu post di akaun Facebook miliknya minggu lalu.
-
Dalam post tersebut, dia berkata ramai Melayu muslim kini menunggang agama tanpa ras bersalah.says.com
-
Untung lah orang Melayu,facebook.com
Boleh tunggang Agama macam Tunggang Bini Kau..
Lepas dapat tittle 'Imam Muda', 'Dai'3', 'PU' boleh la jadi duta products and then jual barang, sambil jual barang selit Agama untuk Mindfuck costumer... Kalau yang nama top tu tak payah jual barang, satu kali ceramah boleh dapat sampai ribuan ringgit, Masjid terpaksa pecah duit tabung untuk jemput Ustaz sampul. (Kalau tak dapat jadi duta jadi Ustaz sampul pun jadilah).
Bila barat buat cerita Noah atau Jesus anda meroyan cakap cerita tu boleh merosakkan Aqidah, Tapi Melayu sendiri pun pergi rosakkan Aqidah orang dengan letak Agamawan program reality TV sebagai Icon.
Lepas jual agama buat pulak product versi agama dan jual nama Allah.. Lepas guna nama Nabi dan Allah mereka pergi SPIN Quran dan claim ayat 'this and that' ada fadilat tertentu.. Orang Kita makin lama makin Keji dalam beragama, JAKIM macam tak tau nak buat apa, Duduk dalam Office keluar statement macam tak ada fungsi. -
-
Orang jual Agama:facebook.com
Islamic Authority tak tau nak buat apa.
Ustaz menipu atas nama Nabi:
Islamic Authority tak tau nak buat apa.
Ustaz tunggang Agama untuk Profits:
Islamic Authority tak tau nak buat apa.
Agamawan keluar statement Bodoh dan Memalukan Agama:
Islamic Authority tak tau nak buat apa.
Agamawan mencaci-maki dalam Masjid:
Islamic Authority tak tau nak buat apa.
Wanita tak tutup aurat:
Islamic Authority meroyan bab dosa takut ummah Rosak dan Aqidah jadi sesat, Sibuk nak tangkap orang buat maksiat n nak skodeng remaja berjimak. Si Pencabul, Perosak dan Si Penjual agama bebas berleluasa .
Please share this around sampai ke office JAKIM.
This is a Open Criticism, Public opinion, a Free Speech.
-
-
Jadi pendapat anda bagaimana? Adakah mereka ini benar-benar menunggang agama atau berniaga?
-
from :) http://ift.tt/2ln8hOU
via Mudahnya Memasak Di Dapur