Tuesday 3 January 2017

DIY Cat Feeder Untuk Kucing Jalanan Belakang Rumah


Bagus dan kreatif idea yang dikongsikan oleh pencinta kucing bernama Eddie Mustafa yang menunjukkan cara untuk menghasilkan DIY Cat Feeder untuk kucing jalanan. Kucing-kucing terbiar yang berada di jalanan tidak akan kelaparan dan cat feeder ini juga boleh digunakan oleh anda yang selalu tiada  di rumah atas urusan kerja ataupun mahu pulang ke kampung kerana dengan cat feeder ini anda tidak akan risau lagi jika kucing anda kelaparan.

Jom kita tengok cara penghasilan cat feeder ini. Bahan-bahan yang diperlukan galah 2 biji botor air mineral, 10 liter, cable tie dan superglue.

Cara-caranya pula:

1. Botol yang besar isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dalam anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.

2. Botol yang untuk takung makanan pula potong ambil bahagian bawah je lebih kurang 4 ke 5cm tinggi dari bawah. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung kat botol tinggi isi makanan.

3. Nak sambung cuma pakai cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue.

Menarik dan jimatkan? Sekarang ni, tak ada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana.. Selamat beramal. - Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iGCgSP
via IFTTT