Ustaz Kazim Tuntut RM8 Juta Dari Ibu Pelajar
Datuk Kazim Elias telah membuat tuntutan RM8 juta daripada ibu pelajar sekolah tahfiznya.
Ini berhubung kes dakwaan fitnah berhubung isu pencabulan di Maahad Tahfiznya.
Ustaz Kazim Elias merupakan pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh.
Dia juga mahu wanita tersebut memohon maaf secara terbuka di akhbar dan laman sosial Facebook.
Tuntutan itu mestilah dibuat dalam tempoh 7 hari mulai tarikh serahan surat tersebut seperti mana menurut firma guaman beliau, Khairul, Suhaila and Hazlina.
Menurut surat tuntutan itu, bertarikh 18 November, Kazim mendakwa coretan wanita itu pada 2 Ogos lepas memfitnah dirinya, pusat tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.
Walau wanita itu tidak menyebut namanya dan sekolahnya tetapi bahagian ulasan pembaca Facebook menyatakan dengan jelas, kata Kazim lagi.
Akibatnya, menurut surat tuntutan itu lagi, Kazim dituduh seorang pedofil yang menggunakan sekolah untuk menarik pelajar dan mencabul mereka.
Hujung Ogos lalu, Kazim menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar pusat pendidikannya seperti tersebar di media-media sosial.
Pada 24 Ogos, polis mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di situ dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.
Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau.
The post Ustaz Kazim Tuntut RM8 Juta Dari Ibu Pelajar appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2ggd2to
via IFTTT