ALOR SETAR 22 Nov. - Seorang penganggur didenda sebanyak RM9,500 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi laman sosial Twitter, tahun lepas.
Tertuduh, Mohamad Ariff Fadila Arbain, 26, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Disember 2015 kira-kira pukul 9.32 malam menerusi akaun Twitter miliknya iaitu '@SangAlgojoe'.
Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Wei Yong sementara perdakwaan dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria di hadapan Hakim Najwa Che Mat.- Utusan Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gg1eVA
via IFTTT