Tuesday 8 September 2020

Kes Baharu COVID-19 Melonjak Kepada 100 Kes Hari Ini, Termasuk 85 Kes Tempatan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih adalah sebanyak 9, 136.

Menurutnya juga, terdapat sebanyak 100 kes baharu Covid-19 pada hari ini iaitu 85 kes tempatan dan 15 kes import. 


Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9, 559 kes. Kebanyakan kes hari ini dari Kluster Benteng (Sabah) iaitu 62 kes dan Kluster Sungai (Kedah) 23 kes.

Tiada kematian baharu yang dilaporkan pada hari ini.




Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/331pm72
via Merah Hati Cintaku