Tuesday, 1 September 2020

Ini Gambaran Rupa 'Gamer' Dalam Masa 20 Tahun Jika Main Game Berlebihan


'Satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesan permainan komputer atau game ke atas tubuh manusia.

Kajian berkenaan dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Kanada, yang kemudiannya menggunakan data yang diperoleh dan mencipta satu gambaran patung bernama Michael.


Michael dihasilkan daripada data yang diperoleh oleh pemain video game yang menghabiskan purata sekitar enam jam seminggu secara online. Data ini juga meningkat sebanyak 19.3% berbanding tahun lalu.

Hasilnya, selain daripada tidak cukup tidur, Michael juga dilihat kurang vitamin D, mendapat ekzema disebabkan tekanan, serta postur badan yang sangat lemah.


Michael juga digambarkan mempunyai lengkuk pada tengkorak kesan daripada tekanan pada headphone, selain menyebabkan keguguran rambut. Malah, telinga juga boleh menjadi berbulu kerana kurangnya pengaliran udara dalam telinga.


Tambah lagi, mata Michael juga berurat dan merah akibat kekuranga tidur dan terdedah kepada skrin pada masa yang lama.



Meskipun bermain video game kedengaran seperti tidak berbahaya, kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Dapatkan rehat yang mencukupi, makanan yang berkhasiat dan gunakan kerusi yang bagus agar postur badan anda tidak rosak.

Sumber: The Sun


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hP6Xkh
via Merah Hati Cintaku