Monday, 7 September 2020

Hina Rambut Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Siti Sarah didakwa menghina masyarakat Orang Asli. Enggan isu itu terus berpanjangan, Siti Sarah tampil memohon maaf secara terbuka atas perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja.

Sarah berkata tidak terlintas dihatinya untuk menghina apatah lagi menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kata Sarah lagi, dia berharap permohonan maafnya itu diterima serta perkara itu tidak diperbesarkan lagi.

“Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli. Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia. Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” katanya.


Dalam pada itu, Sarah mengakui kontroversi berkebaan sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai selebriti serta usahawan. Ujarnya, sepanjang berada dalam industri dia sangat pentingkan etika.

“Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat,” katanya.

Sumber: Mstar Online via Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3m0sclJ
via Merah Hati Cintaku