Wednesday 23 September 2020

Kerajaan PN Masih Berdiri Teguh Dan Saya Adalah Perdana Menteri Yang Sah – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa beliau telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui kenyataan media sebentar tadi telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, dakwaan tersebut perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehinggalah dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sumber: Muhyiddin Yassin



from Sehinggit Media https://ift.tt/3mPrNTE
via Merah Hati Cintaku