Wednesday, 30 September 2020

Jadi Suri Rumah Memang Penat, Emosi Kena Kuat, Kalau Tak Memang Cepat Koyak!

Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan. Banyak punca.

Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya. Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.

Jangan perlekeh. Jangan 'ek eleh' kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.

Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.

Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.

1. Kuatkan jiwa

Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah.

Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah.

Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.

2. Kuatkan fizikal

Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.

3. Kuatkan mental

Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.

4. Bab memasak dan makan

Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat.

Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.

5. Pengurusan bahan dapur

Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak.

Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.

6. Pengurusan rumah

Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.

7. Pengurusan anak

Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je.

Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak.

Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.

8. Bantuan

Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.

9. Mindset dan rehatlah

Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.

10. Nikmati dan bina pengalaman

Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.

Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala.

Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran.

Sumber : Najibah Mustaffa via Pesona Pengantin



from Sehinggit Media https://ift.tt/348joly
via Merah Hati Cintaku

Now at the Boarding Gate: Coronavirus Tests


By BY TARIRO MZEZEWA from NYT Travel https://ift.tt/3jiab0d

Anwar Kecewa Kerajaan Tidak Lanjut Moratorium Yang Tamat Hari Ini

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kecewa dengan keputusan kerajaan apabila tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa.

Menurut Anwar, walaupun tidak semestinya moratorium penuh, namun ia suatu pengabaian tanggungjawab yang amat serius apabila kerajaan gagal untuk mengenakan moratorium bersasar.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyifatkan keputusan kepimpinan pada hari ini lemah kerana meletakkan para peminjam di bawah telunjuk institusi bank.

"Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 daripada angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan.

"Daripada 380,000 itu, sebanyak 98 peratus telah diberikan dokongan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambil kira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia," kata Anwar dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Anwar, secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan peminjam.

Katanya lagi, angka itu tidak begitu meyakinkan dan ia mencerminkan betapa kerajaan Persekutuan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam.

Sehubungan itu, Anwar menggesa kerajaan untuk segera mengkaji semula langkah itu dan melaksanakan moratorium pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama adalah kepada peminjam yang berpendapatan rendah dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana.

"Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia.

"Kelas peminjam seperti itu mesti diberi perhatian oleh kerajaan. Meskipun saya sangat komited terhadap kebijakan sistem perbankan yang bingkas, namun harus ditegaskan bahawa sektor tersebut mesti telus dan ada kebertanggungjawaban," katanya.

Malah, kata Anwar, kerajaan dan institusi bank mesti menonjolkan ketelusan dalam soal kecairan (liquidity) dan keuntungan terkini sektor perbankan serta membentangkannya dalam Parlimen supaya ahli Parlimen dapat merencana, mencari jalan dan memungkinkan kebajikan yang munasabah dan menyeluruh.

Dalam perkembangan lain, katanya, beliau ambil maklum jumlah jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang kini mencecah 11,000 kes dan jumlah kes aktif melepasi angka 1,000 untuk pertama kali sejak pertengahan bulan Jun lalu.

"Kita mungkin akan dirempuh gelombang kedua wabak itu dengan sekurang-kurangnya 20 kluster baharu yang aktif.

"Ia bukan perkembangan yang baik pada ekonomi Malaysia untuk jangka pendek dan itu bermakna kita harus terus memikir dan mendukung golongan berpendapatan rendah yang semestinya akan terkesan," katanya.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media https://ift.tt/36rdE94
via Merah Hati Cintaku

COVID-19 Berpotensi Merebak Lebih Cepat Di Selangor

Nilai kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Selangor meningkat kepada 1.95 melepasi paras kritikal iaitu 1.6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya berkata, jumlah kes baru harian dicatatkan antara 10 hingga 15 kes berbanding dua hingga tiga kes sebelumnya.

"Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil," katanya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kes aktif melebihi 1,000, nilai Rt di Sabah telah stabil dengan kadar 1.26.

"Ia masih merisaukan kerana ia melibatkan bilangan kes-kes baru harian yang tinggi. Nilai Rt mungkin meningkat jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima," katanya.

Beliau berkata, di Kedah pula nilai Rt yang direkodkan adalah 0.65.

"Sejajar dengan penurunan kes di negeri Kedah, yang mencatat hanya dua kes dalam tempoh empat hari yang lepas, nilai Rt terkininya telah menurun dari >1 ke 0.65.

"Ini menggambarkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, nilai Rt bagi Malaysia pula adalah 1.25.

"Adalah penting bahawa masyarakat perlu mematuhi SOP serta langkah-langkah intervensi yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia," katanya.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media https://ift.tt/34fDUk8
via Merah Hati Cintaku

Nameko Mushroom Miso Soup なめこ汁

Japanese wooden bowls containing Nameko Mushroom Miso Soup.

With an earthy, nutty flavor, and a wonderfully creamy texture, this Nameko Mushroom Miso Soup is a perfect way to welcome autumn!

READ: Nameko Mushroom Miso Soup なめこ汁

“Anda Mungkin Mangsa Seterusnya,” Ambil Tahu ENAM Tanda Jangkitan COVID-19 Yang Serius

Tidak dinafikan sejak penularan Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor di negara kita. Namun, sehingga hari ini masih ramai yang tidak mengetahui kebenaran dari mana datangnya virus yang telah merangut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia.

Dengan mengetahui beberapa tanda-tanda seseorang dijangkiti wabak Covid-19 ini, maka kita dapat mengekang lebih awal dan secara tidak langsung dapat mengurangkan virus itu daripada terus menular.

Perkongsian daripada seorang Doktor menerusi laman Twitternya, Dr Hafizah Mohamad sudi berkongsi tentang tanda-tanda jangkitan Covid-19. Beliau berkongsi untuk orang ramai lebih peka dengan persekitaran dan perkara ini penting kerana mungkin anda mangsa seterusnya.

Hai semua? Risau tengok perkhabaran kes Covid19 yang semakin meningkat? Bagi yang sudah dijangkiti,amalkan kebersihan diri yang maksimum dan kenalpasti tanda2 jangkitan Covid19 yang serius Kenali tanda2 tersebut Ambil tahu kerana anda mungkin mangsa seterusnya.

1. Sesak nafas atau nafas berbunyi

Sekiranya mengalami gejala ini,beritahu staff kesihatan secepat mungkin supaya mereka boleh memeriksa paru2 anda dan mengesan paras oksigen dalam badan secepat mungkin

2. Sakit dada yang berpanjangan

Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.

3. Batuk berdarah

Perhatikan warna kahak anda. Batuk berdarah mungkin boleh jadi warna merah darah atau keperangan. Jika tak pasti,simpan kahak dalam plastik spesimen yang disediakan dan tunjukkan pada staff kesihatan yang menjaga.

4. Cyanosis atau kebiruan pada kulit

Perhatikan warna jari dan bibir anda/ahli keluarga. Kebiruan menunjukkan paras oksigen yang rendah dlm badan. Bertindak cepat!

5.  Cirit birit/muntah/kurang selera makan

Jika berterusan,badan anda kehilangan banyak air dan garam dari badan. Jika ini berlaku,buah pinggang mungkin boleh gagal. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa.

6. Letih yang melampau

Jika anda rasa lesu yang teramat sangat,ini menunjukkan jangkitan semakin serius dan anda perlu dipantau rapi.

Jadi, kami ingin ingatkan pada semua, kita seharusnya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan itu sahaja, sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri.

Sumber: Dr Hafizah via Siakapkeli



from Sehinggit Media https://ift.tt/3iagZvC
via Merah Hati Cintaku

Tuesday, 29 September 2020

Pengacara Terkenal Indonesia Interview Kerusi Selepas Menteri Kesihatan Enggan Datang Walaupun Sudah Diundang Banyak Kali

Hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya, Mata Najwa, semalam.

Difahamkan, tindakan Najwa dan penerbitan itu dibuat selepas Terawan didakwa sudah beberapa kali enggan menerima jemputan menjadi tetamu program itu bagi menjawab isu penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara itu.

Menerusi video yang dimuat naik di YouTube Najwa Shihab, Najwa tetap bertanyakan beberapa soalan kepada kerusi itu yang menggantikan Terawan.

Malah, terdapat satu soalan yang mana Najwa secara sinis meminta Terawan meletakkan jawatan.

"Pak Terawan ada banyak menteri kesihatan di dunia yang berundur (letak jawatan) kerana penanganan wabak Covid-19 seperti Menteri Kesihatan New Zealand, Brazail, Chile, Pakistan dan banyak lagi. Pertanyaan saya, apakah penanganan kita lebih baik dari negara yang menteri yang mundur itu? 

"Yang jelas bukan sahaja desakan kepada Presiden, tetapi rakyat antaranya melalui petisyen meminta kebesaran hati anda untuk mundur saja. Siap mundur Pak? Atau bagaimana anda boleh menyakinkan rakyat yang anda masih boleh menjalankan atau menduduki posisi yang berat ini?" soalnya.

Najwa juga berharap, Terawan dapat muncul pada program itu bagi menjelas dan memberikan gambaran sebenar situasi wabak Covid-19 di negara itu.

"Ini sebahagian pertanyaan yang bukan hanya datang dari saya, tapi juga dikumpulkan daripada masyarakat untuk anda. Kami tahu takkan ada yang boleh menyelesaikan persoalan pandemik ini sendirian, tapi kami berharap anda setidaknya bersedia untuk memberi gambaran.

"Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto, waktu dan tempat dipersilakan," katanya.

Video yang turut dikongsikan di Instagram itu sudah mencecah lebih 3 juta tontonan dan mendapat lebih 12,000 komen.

Terdahulu, Najwa menerusi video di IG yang dimuat naik tiga hari lalu menjemput secara terbuka Terawan hadir pada program itu.

Jemputan terbuka itu dibuat selepas Najwa mendakwa hampir setiap minggu sejak enam bulan lalu menjemput Terawan.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/3ijM1Bg
via Merah Hati Cintaku

Netizen Puji Wan Emir Tolong Mira Filzah Masak Di Dapur

Selamat diijabkabulkan dua minggu lalu dan baru sahaja pulang dari berbulan madu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar dilihat tidak lokek berkongsikan momen mereka bersama di media sosial untuk tatapan peminat.

Baru-baru ini, Mira ada memuat naik beberapa video di Insta Story memaparkan dia sedang menyediakan masakan untuk makan malam. Apa yang menjadi perhatian, Wan Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya di dapur.

Dalam satu entri, Mira turut meluahkan rasa gembira melihat suaminya makan dengan penuh selera. Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta.


Menjengah di laman Twitter, rata-rata netizen dilihat teruja serta memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Tidak kurang juga ada yang menggelar pasangan itu Sugu Pavithra versi Melayu dimana seorang masak dan seorang lagi merakamkan video.

Sumber: Rotikaya.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3l3aXyz
via Merah Hati Cintaku

Selepas Dibuang Kerja, 3 Bulan Suami Berlakon Depan Isteri Pergi Kerja Setiap Pagi. Rupanya..

Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac lalu nyata memberi kesan kepada kita semua sama ada yang bekerja atau pun yang menjalankan aktiviti perniagaan.

Kekangan sepanjang tempoh suram itu menyaksikan ada diantara kita yang terpaksa diberhentikan kerja dan tidak kurang juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar.

Mengimbau kembali mengenai detik sukar itu, seorang lelaki hari ini turut berkongsikan kisah pahitnya sewaktu PKP melalui satu panggilan telefon kepada stesen radio Suria FM pada pagi tadi.

Perkongsian beliau yang menceritakan bagaimana dia kehilangan kerja dan tidak memaklumkan kepada isterinya mengenai perkara itu selama tiga bulan itu mula menjadi bualan netizen di media sosial hari ini.

Setiap pagi keluar macam biasa

Menceritakan kisahnya itu, lelaki itu membeirtahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan yang berlangsung sebelum ini dalam negara.

Diselubungi rasa bersalah dan tidak sampai hati, beliau menjelaskan dia tidak memberitahu isterinya yang dia telah dibuang kerja dan masih keluar setiap pagi.

“Setiap kali saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. saya naik motor tapi tak beritahu saya dibuang kerja.

“Sebab rasa serba salah nak bagitahu sebab rasa tak sampai hati nak bagitahu dibuang kerja. Semua orang tengah struggle cari kerja sekarang,

“Saya buat lah kerja harian, tak kisah lah. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin saya dalam motor,” kongsinya kepada Suria FM.

Menceritakan kisahnya itu, lelaki itu membeirtahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan yang berlangsung sebelum ini dalam negara.

Ia susulan usaha tanpa hentinya mencari pekerjaan baru dalam tempoh tersebut yang kemudiannya membolehkan dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga bersama syarikat baru pada pertengahan bulan ini.

Mengimbas kembali mengenai temuduga tersebut, beliau bagaiamanapun menjelaskan memberitahu isterinya terlebih dahulu sebelum menghadirkan diri tetapi masih tidak memberitahu dia telah diberhentikan daripada pekerjaannya sebelum ini.

“Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Pergi interview saya beritahu (isteri) saya dapat interview, dibuang kerja saya tak beritahu.

“Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau  on the way (dalam perjalanan) cari kerja, percaya dengan diri sendiri, kita usaha Allah tolong kita,” pesannya sebelum menamatkan panggilan.

Sumber: Suria FM via The Vocket



from Sehinggit Media https://ift.tt/33cPg9x
via Merah Hati Cintaku

Pelajar Maut Selepas Terjun Bangunan Kerana Malu Ditampar Ibunya Depan Rakan Sekolah


Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut akibat terjun dari bangunan sekolah di Wuhan, China. 

Kejadian itu berlaku setelah mangsa ditampar sebanyak dua kali oleh ibunya ketika berada di sekolah di mana Zhang bersama dua rakannya didenda berdiri di laluan utama bangunan sekolah atas kesalahan bermain 'poker' semasa guru mengajar dalam kelas pada Khamis, 17 September 2020. 

Lapor media tempatan, si ibu datang ke sekolah sebaik saja menerima panggilan dari guru kelas anaknya yang memaklumkan mengenai perkara tersebut. 

Bengang dengan apa yang dimaklumkan oleh guru, si ibu terus pergi bertemu dengan Zhang dan menampar pipinya sebanyak dua kali sebelum beredar meninggalkan kawasan sekolah. 

Insiden itu membuatkan Zhang berasa malu dan hanya berdiri membisu bersama dengan dua rakannya. 

Beberapa minit kemudian Zhang secara tiba-tiba memanjat tembok dan tanpa berfikir panjang terus terjun ke bawah menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. 

Kematian Zhang mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya mengecam tindakan ibu Zhang dianggap keterlaluan dan menjadi punca Zhang nekad terjun membunuh diri. 

"Remaja sentiasa mempunyai harga diri yang kuat di mana mereka memerlukan komunikasi dan didikan yang betul dalam suasana yang boleh diterima. Ibu bapa tidak sepatutnya memukul anak-anak di tempat awam," kata netizen.

Pun begitu, ada netizen yang berpendapat, ibu bapa tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya kerana remaja seringkali bergelut dengan masalah emosi dan psikologi serta masalah lampau. 

"Mesti ibu dia yang paling sedih pada masa ni. Janganlah sakiti hati dia lagi dan jangan kritik remaja itu kerana kita tidak tahu berapa kali dia diperlakukan seperti itu atau apa penderitaan yang dia lalui selama ini," kata netizen.

Sumber: Global Times via The Reporter



from Sehinggit Media https://ift.tt/30gkB9p
via Merah Hati Cintaku

Monday, 28 September 2020

Salmon Flakes 鮭フレーク

A weck jar containing homemade salmon flakes.

Lightly seasoned Salmon Flakes are great all-purpose toppings or fillings for steamed rice, pasta, gratin, tamagoyaki, and more! 

READ: Salmon Flakes 鮭フレーク

Grilled Kurobuta Pork Chops with Miso Sauce

A white plate containing the kurobuta pork chop with yuzu kosho flavored miso sauce, along with rice, green bean gomaae, and tomatoes..

Juicy, moist, and perfectly grilled, these Kurobuta Pork Chops with Miso Sauce are out of this world. The miso sauce is lightly infused with a secret ingredient for a spicy, citrusy kick. When served with steamed rice, you’d get the most flavorful pork chops for dinner. They taste like a little luxury — but simple ...

READ: Grilled Kurobuta Pork Chops with Miso Sauce

Glimpses of the Isolated Communities Along a Remote Siberian River


By BY EMILE DUCKE from NYT Travel https://ift.tt/36gqBma

Friday, 25 September 2020

New England in the Fall Travel Guide

a windy road curving next to the mountain with trees

Experience the vibrant colors of fall foliage, walk along the Freedom Trail, and learn about Salem's witches in this New England in the Fall Travel Guide.

READ: New England in the Fall Travel Guide

Pickled Cucumbers and Myoga きゅうりとミョウガの浅漬け

A flower shaped ceramic containing Pickled Cucumbers and Myoga.

With fresh cucumber, salt, kombu, and 5 minutes of prep time, you can make amazing Pickled Cucumbers and Myoga in just a few hours.

READ: Pickled Cucumbers and Myoga きゅうりとミョウガの浅漬け

Wednesday, 23 September 2020

Kerajaan PN Masih Berdiri Teguh Dan Saya Adalah Perdana Menteri Yang Sah – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa beliau telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui kenyataan media sebentar tadi telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, dakwaan tersebut perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehinggalah dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sumber: Muhyiddin Yassin



from Sehinggit Media https://ift.tt/3mPrNTE
via Merah Hati Cintaku

Ume Shiso Rice 梅しそ混ぜご飯

A rice bowl containing Ume and Shiso Rice served with mackerel and miso soup.

Elevate your everyday dinner with Ume Shiso Rice! With pickled plums (umeboshi), fragrant shiso leaves, and nutty sesame seeds mixed into steamed rice, this beautiful rice dish is big on flavors.

READ: Ume Shiso Rice 梅しそ混ぜご飯

When the Classroom Comes With Room Service and Poolside Cabanas


By BY JULIE WEED from NYT Travel https://ift.tt/32RWjUS

Monday, 21 September 2020

Bendera Terbalik Di Balai Polis Simpang Lima Tidak Disengajakan

IPOH, 21 Sept (Bernama) — Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar semalam yang tular di media sosial, adalah tidak disengajakan.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata bendera itu dipasang oleh seorang anggota lelaki pada kira-kira pukul 6 pagi sebelum tamat tugas dan disedari oleh orang awam kira-kira sejam kemudian.

“Kerja memasang Jalur Gemilang bersama bendera negeri Perak dan bendera polis dilakukan pada 6 pagi setiap hari sebelum diturunkan pada pukul 6 petang namun kejadian yang berlaku semalam tidak disengajakan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas dimaklumkan oleh rakan setugas mengenai kesilapan itu, anggota berkenaan kembali ke balai dan membetulkan posisi bendera berkenaan.

Mazuki berkata Ketua Polis Balai Simpang Lima telah membuat laporan berhubung kejadian petang semalam itu dan meminta orang ramai supaya tidak lagi menularkan gambar tersebut.

“Kami telah mengambil keterangan anggota berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963,” katanya.

Sumber: BERNAMA



from Sehinggit Media https://ift.tt/2RMzZ8M
via Merah Hati Cintaku

Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi 'Content' Video Tuannya

Pada zaman sekarang, orang sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti dan jumlah tontonan video yang banyak. Jadi, tidak mengejutkan apabila ramai orang ‘bodoh’ yang menjadi popular dalam sekelip mata.

Baru-baru ini, tular video seekor anjing baka German Shepherd yang dipaksa untuk makan semangkuk cili merah di China. Kejadian menyedihkan ini dirakam secara langsung oleh tuannya sebagai content untuk media sosial.

Ini bukanlah video pertama yang tular di negara itu yang menyaksikan haiwan peliharaan diseksa oleh tuannya. Sebelum ini juga, pernah tular sebuah video yang melihatkan seekor anjing diberi makan La Zi Ji, menu ayam yang dimasak bersama cili.

Berdasarkan video yang dirakam, seorang lelaki dilihat sedang bercakap di hadapan kamera sebelum meletakkan makanan tersebut untuk tatapan anjingnya. Mungkin disebabkan lapar atau takut kepada tuannya, anjing tersebut tetap makan cili itu meskipun matanya sudah mengeluarkan air mata.



Untuk pengetahuan anda, ini adalah trend terbaru di China di mana mereka memberi makanan ‘pelik’ kepada haiwan peliharaan, dengan alasan untuk mengelakkan pembaziran makanan.

Trend ini bermula apabila Presiden Xi Jinping melancarkan sebuah kempen ‘Operasi Pinggan Kosong’, kempen yang dilakukan bertujuan untuk mendidik rakyat China agar tidak membazir makanan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila rakyat China menyambut kempen ini dengan melibatkan haiwan peliharaan.

Sumber: DailyMail via Lobakmerah.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3mHcOuE
via Merah Hati Cintaku

Mizuna Myoga Salad with Ponzu Sesame Dressing 水菜とミョウガのサラダ

A blue Japanese bowl containing Mizuna Myoga Salad.

Crisp, fragrant, and refreshing, this Mizuna Myoga Salad with Sesame Ponzu Dressingbrings amazing flavors and texture to your table!

READ: Mizuna Myoga Salad with Ponzu Sesame Dressing 水菜とミョウガのサラダ

In Montana, the Art of Crafting Fly-Fishing Rods


By BY JANIE OSBORNE from NYT Travel https://ift.tt/2ZXeuXd

Sunday, 20 September 2020

Kyushu Matcha Collection Giveaway from Naoki Matcha (US only)

Premium collection of Kyushi Matcha from Noaki Matcha. Includes ceremonial matcha, yame and Harvest collection

Win a set of premium Kyushu matcha from Naoki Matcha today! 3 main winners will be selected. Also, the first 1,500 signups will be eligible to receive a free mailer sample of ceremonial matcha.  Today we’re partnering with Naoki Matcha to give away their premium collection of Kyushu matcha to Just One Cookbook readers! There ...

READ: Kyushu Matcha Collection Giveaway from Naoki Matcha (US only)

Saturday, 19 September 2020

Friday, 18 September 2020

Nagasaki Travel Guide

Nagasaki night view from Mt. Inasayama Observatory

As Japan’s window with the west for centuries, the port city of Nagasaki’s storied past can be seen throughout the beautiful city. From European and Chinese architecture to historical churches, we’ll take you to the iconic landmarks in this Nagasaki travel guide.

READ: Nagasaki Travel Guide

Cruise Ships Can’t Sail. But the Behemoth Vessels Are Still a Draw.


By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/33zZijQ

Thursday, 17 September 2020

Wednesday, 16 September 2020

Pickled Watermelon Rind スイカの漬物

A round glass bowl containing Pickled Watermelon Rind.

Don't throw away watermelon rind! With a few condiments, you can turn it into incredibly delicious Pickled Watermelon Rind!

READ: Pickled Watermelon Rind スイカの漬物

Help! My Very Direct Flight Added a Stop and So Many More Passengers


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/33zpDyA

Tuesday, 15 September 2020

Monday, 14 September 2020