PUTRAJAYA - Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.
"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3b7qOIz
via IFTTT