Semalam, viral di media sosial video Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalau balik dari program tersebut. Malah beliau dan beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu orang awam.
Di Facebook, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa kumpulan gangster berpakaian serba hitam bertindak mengepung tempat pertemuan tersebut serta memekik kata-kata kesat.
Dihalau beramai-ramai
Difahamkan Syed Saddiq telah dihalau di dalam program Rapat Umum Armada negeri Johor yang berlangsung di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor. Video dan foto tersebar itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan insiden yang berlaku itu.
Pada awalnya, segalanya nampak terkawal sebelum mereka mula menjadi agresif dengan melaungkan kata-kata serta dan memaksa agar Menteri Belia dan Sukan itu balik.
Dihalau balik
Syed Saddiq kena halau dengan anak muda dalam Program Rapat Umum anjuran Armada Johor malam tadi.. Haaa!! aku cuma nk cakap padan muka kau! Amacam seronok tak jadi menteri kena halau? Don’t mess with anak muda! Tu kena halau ntah ape yg koyak.
Menerusi video yang tersebar, Syed Saddiq dilihat terpaksa melarikan diri mengikuti jalan tikus kerana jalan agak tidak terkawal. Di facebook miliknya, dia mendakwa sekumpulan individu gangster mengepung tempat makan mereka dan sergah semua tetamu yang hadir.
Saya berkhidmat untuk rakyat
Di dalam kenyataan Syed Saddiq, dia berasa terkilan dengan insiden yang berlaku kerana ianya sesuatu yang memalukan dan dianggap biadap. Malah, ibu bapa beliau turut menjadi saksi terhadap insiden yang berlaku. Dia turut mengingatkan orang ramai Malaysia adalah milik semua dan masih mempunyai undang-undang.
Sumber : Mat Lekir, Syed Saddiq via ohbulan.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3aXTFid
via IFTTT