Tidak pernah lekang dengan kerja-kerja dakwah, itulah dia ustaz Ebit Lew yang cukup dikenali dengan kelembutan bicaranya dalam menyampaikan ajaran Islam.
Keperibadian dan cara dakwahnya telah banyak menarik minat ramai untuk mengenali Islam. Terbaru, ustaz Ebit telah pergi ke Lahad Datu, Sabah selama 2 hari bagi menyampaikan ceramah agama.
Hidayah milik Allah, selama dua hari menyampaikan ceramah ustaz Ebit telah berjaya menarik beberapa penduduk bukan Islam disana, untuk menerima agama yang suci ini.
Empat syahadah…
Daripada perkongsian ustaz Ebit tersebut, beliau sangat memuji penerimaan penduduk di Lahad Datu terhadap dakwah yang disampaikan. Malah, pada malam pertama seorang anak muda berbangsa Cina mahu memeluk Islam.
Minta Allah jagakan iman mereka
Tidak lama selepas itu, datang pula dua orang gadis berusia 19 tahun selepas selasai ceramah, dia datang berjumpa ustaz Ebit untuk menyatakan hasrat mereka untuk memeluk Islam.
Anak dan ayah sama2 ucap syahadah
Lebih mengharukan, Mei, anak muda yang memeluk Islam pada hari pertam ceramah ustaz Ebit, datang berjumpa pendakwah tersebut dengan membawa keluarganya untuk mengetahui mengenai Islam. Pada hari itu, ayah Mei telah mengucap syahadah.
Betapa besarnya ilmu Allah itu jika dikongsikan dengan budi bicara yang baik, kerana berdakwah bukan sahaja dengan berdialog, malah dengan mempamerkan peribadi yang mulia juga mampu menonjolkan Islam itu indah.
Sumber : Ebit Lew via Oh My Media
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Rlxhqe
via IFTTT