Tuesday, 3 October 2017

Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi


MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas di media sosial sejak hari Sabtu lalu. Pasukan Khas Keselamatan yang menjaga Masjidil Haram berkata, foto-foto tersebut adalah benar tetapi sudah lama berlaku.

Jurucakap Pasukan Khas Keselamatan Masjidil Haram, Sameh Al Selmi, berkata gambar itu bukan dari kejadian yang baru berlaku.

“Ia adalah gambaran yang lama dan diambil selepas jemaah haji Afrika berusia 50 tahun cedera di kaki selepas dia tergelincir ketika orang ramai mengelilingi Kaabah,” katanya dipetik oleh media Arab Saudi, Sabq.

“Mangsa yang cedera diberikan pertolongan cemas di tempat itu sebelum dibawa ke Hospital Ajyah yang berdekatan,” katanya, pada hari Ahad (1/10/2017).

Al Selmi tidak menyatakan tarikh kejadian gambar yang tersebar itu. Foto itu telah mencetuskan khabar angin negatif berkaitan ibadah yang dilakukan di Makkah.


Walau bagaimanapun, pengguna media sosial mendakwa gambar itu disebarkan adalah untuk merosakkan ketenangan di Arab Saudi.

Pengguna media sosial berkata mereka terkejut kerada ada sesetengah orang “mempunyai masa untuk mereka-reka cerita dan menyebarkan khabar angin yang tidak akan bertahan lama kerana ia akan ditolak oleh mereka yang mempunyai maklumat yang betul.”

“Ada dunia aneh di luar sana yang jelas tidak berpuas hati dengan ketenangan yang wujud di Arab Saudi,” kata pengguna media sosial Hassan Al Muhawesh.

“Mereka sangat berhasrat ntuk menimbulkan masalah dan ketidaksenangan, dan tidak mahu melihat orang lain hidup dengan aman,” katanya.


Sumber: Laicikang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xS08Z2
via IFTTT