SEREMBAN: Seorang penganggur melecur seluruh badan akibat membakar dirinya sendiri, selepas isterinya meminta cerai dalam kejadian di Taman Seri Pagi, Senawang di sini, tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata kejadian kira-kira jam 12.03 tengah malam itu berlaku, apabila lelaki berusia 46 tahun dan isterinya berusia 40-an bergaduh.
Katanya, punca pergaduhan sehingga wanita itu meminta cerai dipercayai kerana dia merasa terbeban, apabila terpaksa menanggung perbelanjaan rumah, berikutan suaminya tidak bekerja.
"Selepas bergaduh, lelaki itu keluar dari rumah dan membawa pulang botol berisi petrol, lalu menyimbah bahan itu di badannya dan menyalakan api menggunakan pemetik api.
"Kejadian itu turut disaksikan dua anak pasangan itu," katanya di sini, hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini menggunakan ambulans.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri. - BH Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gyZtYg
via IFTTT