Nauzubillahminzalik…
Salah satu sifat negatif orang-orang Melayu, bila tak puas hati pada seseorang, tak dapat cara kasar, cara halus dia hantar. Lebih-lebih lagi yang terlibat dalam perniagaan sama ada kecil atau besar. Hasad dengki dan perasaan iri hati itu pasti ada. Semoga sahabat-sahabat semua terhindar dari perkara-perkara khurafat seperti ini.
Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai penemuan barang-barang yang mencurikan di sebuah kubur yang dipercayai ada kaitan dengan perbuatan syirik, iaitu sihir.
Di dalam masyarakat Melayu lama, amalan sihir memang sangat popular dan selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu.Berikut merupakan sihir yang sering digunakan pengamal sihir dalam kalangan orang Melayu.
Jenis-jenis sihir
Patung
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
Santau
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
Telur layang
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
Tangkal dan azimat
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir pembenci dan kasih sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
“Adam binti Miskiah, anda telah disihir” – Lelaki kongsi pengalaman terjumpa barangan sihir di sebuah kawasan perkuburan.
Meskipun sudah difatwakan haram, tetapi tidak tahu mengapa, aktiviti sihir seperti santau sangat popular di kalangan masyarakat Melayu sejak dari dahulu sehinggalah sekarang.
Seorang pengguna Facebook hari ini telah berkongsi pengalaman beliau terjumpa barangan sihir di sebuah kawasan perkuburan yang terletak di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur pada dua hari yang lepas.
Barangan seperti sehelai kain putih yang berisi bebenang dan juga sekeping gambar yang sudah pudar itu telah dijumpai oleh Hery sewaktu beliau sedang membersihkan kubur milik arwah mentuanya itu.
Meskpun gambar itu sudah tidak lagi jelas kelihatan, tetapi nama mangsa Adam binti Miskiah yang ditulis dengan tangan mengunakan pen berdakwat biru masih jelas kelihatan.
Sumber: ohmymedia.cc
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xYFEzO
via IFTTT