Isu permukaan jalan raya yang berlubang dan tidak rata bukanlah perkara yang asing di Malaysia. Kemelut yang seperti tidak pernah bertemu jalan penyelesaian ini dilihat seperti sudah sebati dengan kehidupan harian sebagai seorang pengguna jalan raya di Malaysia.
Terbaru, beberapa keping gambar Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah yang sedang memeriksa keadaan sebatang jalan yang daif di Cameron Highlands telah jadi tular di laman media sosial.
Gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh seorang aktivis Brotherhood, Lando Zawawi Vrus di laman page beliau itu kemudiannya telah menjadi tular sehingga mendapat lebih daripada 19 ribu likes dalam masa beberapa jam sahaja.
KDYMM Pemangku Raja Pahang mengikut jadual berangkat pulang dari lawatan kerja di Cameron Highlands dengan Helicopter ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun baginda menitahkan batalkan Helicopter dan buat persediaan berkereta berangkat pulang dari Tanah Rata melalui Ringlet – Tapah di Perak.
RBO : Ampun Tuanku, jalan dari Ringlet tak selesa banyak rosak berlubang-lubang tuanku.
PRP: Itulah sebab aku nak lalu jalan tu. Nanti kita singgah di kawasan jalan yang rosak dan kamu (RBO) ambik gambar. Ramai orang mengadu pasal jalan tu…aku nak tengok sendiri.
RBO: Ampun Tuanku. Titah dijunjung.
Konvoi diraja bergerak dari Tanah Rata jam 2.30 petang melalui Ringlet permukaan jalan yang baik.
NAMUN masuk sahaja sempadan Negeri Perak menuju Tapah…pemandu memperlahankan kenderaan..baginda melihat sendiri keadaan jalan yang berlubang-lubang dan bertampal sana sini.
PRP : Jangan langgar lubang nanti rosak kereta aku..titah baginda kepada pemandu.
Jalan ni dalam pentadbiran negeri Perak bukan dalam Pahang. Kalau ada lagi jalan yang berlopak dan berlubang kamu (pemandu) berhenti…aku nak turun tangkap gambar.
Sepanjang jalan ke Tapah yang mengambil masa dua jam.. baginda turun tiga kali termasuk singgah di Hutan Lipur Air Terjun Lata Iskandar.
Begitulah keprihatinan Pemangku Raja Pahang terhadap aduan rakyat..baginda menzahirkan perasaan dukacita dan akan bertindak menulis surat kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya jalan Tapah ke Ringlet di beri keutamaan di selenggara dengan baik.
Patik bagi pihak hamba rakyat jelata menjunjung kasih di atas keprihatinan tuanku terhadap aduan rakyat..Semoga Allah Subhanawata’ala sentiasa melindungi Kebawah Duli Tuanku sekeluarga.
Sumber : Lando Zawawi Vrus, ohmymedia.cc
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fFZVzQ
via IFTTT