Tuesday, 3 October 2017

3 Hari Selepas Dikebumikan Kakak Bermimpi Arwah adik Suruh Gali Kubur Amat Menyeramkan


Samar (Filipina): Pada tanggal September 1981, Guillermo Jacobe telah didapati meninggal dunia selepas dirawat pada tiga hari di hospital kerana komplikasi usus.

Tiga hari kemudian, selepas semua ritual itu dilakukan mayat Guillermo sudah ditanam seperti yang sepatutnya.

Beberapa malam kemudian kakak Guillermo, Remedios Tagana, 55, bermimpi si mati terbabit meminta digali semula dengan secepat yang mungkin kerana dia masih hidup.

Dia telah menceritakan tentang mimpi tersebut kepada bapanya, Francisco Jacobe, 92, tetapi enggan mempercayainya.

Malam berikutnya Remedion telah bermimpi perkara yang sama sekali lagi dan itu juga mendorong mereka sekeluarga menggali semula kubur berkenaan pada November 1981.

Mereka terkejut apabila mendapati mayat Guillermo tidak banyak yang berubah.

Keranda itu juga dibawa pulang untuk membolehkan mayat Guillermo dibersihkan dan ketika itulah ibunya, Illuminada, 77, mendapati tubuh pemuda terbabit seperti orang berpeluh.


Kata Illuminada, sejak itu mereka menyimpan tubuh Guillermo di rumah dan dia menukar pakaian anaknya pada setiap hari Ahad.

“Pada ketika tertentu sahaja, saya berbual dengan dia, terutamanya ketika badan saya berasa sakit.

“Nampaknya kesakitan itu hilang selepas beberapa jam kemudian,” katanya.

Lebih menarik lagi, Guillermo juga dilaporkan boleh’ menyembuhkan penyakit orang lain.

Sejak dari itu rumah mereka kerap juga dikunjungi oleh orang ramai yang ingin mencuba kemujaraban ‘kuasa’ Guillermo.

Seorang daripada mereka berkata, pesakit hanya perlu berbisik kepada mayat Guillermo berkenaan sakit yang dihidapi.

“Ia akan hilang tidak lama kemudian,” katanya.

Selepas 33 tahun, mayat Guillermo didapati masih utuh dengan bergigi, wajah, kulit, tangan dan salur darahnya juga masih dalam keadaan yang elok.

Keluarga itu juga bersumpah akan tetap menjaga Guillermo sehingga akhir hayat mereka.

Apa-apapun semuanya dari Kekuasaan Tuhan. Benar atau bohong semuanya terserah pada yang esa, kita sebagai manusia jangan terlalu taksub dengan kejadian seperti ini, takut terpesong akidah.

Wallahu alam.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g7pvhT
via IFTTT