Wednesday, 2 August 2017

Rugi Tak Amalkan Minum Teh Daun Durian Belanda Minuman Menakjubkan Bukan Sekadar Membunuh Sel Kanser. Ini Manfaatnya Yang Lain...


Durian Belanda (Graviola) adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada kaedah terapi. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, Diabetes, Arthritis, penyakit saraf dan lain-lain penyakit berkaitan Inflammatory.

Institut Sains Kesihatan di Amerika telah membongkar rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Pohon ajaib ini memberikan manfaat bukan sahaja pada buahnya, malah juga daunnya. Daun pohon durian belanda dijadikan teh bagi membunuh sel kanser!

Anda perlukan 40 helai daun Durian Belanda dan 1 liter air.

Pilih daun yang matang tetapi tidak terlalu tua. Keringkan secara Air Dry… JANGAN keringkan di bawah sinar mentari atau menggunakan oven kerana haba keterlaluan akan merosakkan zat penting yang terkandung di dalam daun. Air Dry bermaksud keringkan secara semulajadi tanpa haba.
Ini akan memekatkan zat-zat di dalam daun-daun tersebut.

Kaedah Penyediaan:

1. Didihkan air.
2. Sebaik sahaja air mendidih, masukkan daun-daun dan kecilkan api.
3. Biarkan ia merenih selama 20 minit. Warna air akan berubah menjadi seperti air teh.
4. Sejukkan sebelum diminum.

Teh Durian Belanda ini perlu diminum selama 30 hari, 3 kali sehari, segelas sebelum makan. Ia senang dihadam ketika perut kosong.

Setelah cukup 30 hari, sila berjumpa dengan doktor anda dan periksa penyakit anda.
Jika masih ada, teruskan pengambilan teh ini secara segelas sehari, 30 minit sebelum makan, 5 hari seminggu. 2 hari rehat.

Jika simptom penyakit hilang sebelum 30 hari pengambilan, teruskan pengambilan teh sehingga cukup tempoh 30 hari untuk memastikan tiada lagi sel-sel penyakit.

**Jangan campur dengan ubatan yang lain
**Jangan melebihi dos yang dicadangkan.

Berikut Beberapa Khasiat Daun Durian Belanda Untuk Masalah Kesihatan Yang Lain:

Sakit Pinggang

Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

Mengatasi Diabetis

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

Mengatasi Buasir

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

Mengubati Sakit Urat/Saraf

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

(Semoga bermanfaat)


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2f8WQLt
via IFTTT