Sebagai sebahagian daripada kempennya untuk melarang pemakaian burka oleh sesetengah Muslimah, Senator Australia, Pauline Hanson bertindak memakai burka berwarna hitam ke Parlimen semalam.
Ianya dikatakan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu keselamatan yang membabitkan keganasan kononnya timbul berpunca dari pakaian itu.
Bagaimanapun, memetik laporan ABC tindakan ahli politik kontroversi itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan dan umat Islam khususnya.
Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.
“Jika seseorang yang memakai balaclava (topeng ski) atau topi keledar ke sebuah bank atau bangunan lain, atau di mahkamah, peralatan tersebut harus ditanggalkan."
“Mengapa peraturan ini tidak dikenakan ke atas mereka yang menutup muka atau tidak dapat dikenal pasti?”
Peguam Negara George Brandis menegur Hanson dengan berkata, “Kita semua sudah maklum bahawa anda bukan pengikut ajaran Islam. Saya ingin menasihati anda supaya berhati-hati terhadap kesalahan yang mungkin anda lakukan terhadap kepercayaan agama rakyat Australia yang lain.”
Memetik laporan Sky News, Adel Salman, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Victoria berkata tindakan Hanson adalah suatu ‘penghinaan terhadap kedudukan beliau’.
Manakala, bagi Senator bebas, Derry Hinch, kelakuan Hanson boleh disifatkan sebagai satu perbuatan yang amat menjijikkan.
“Pauline Hanson mengejek agama beberapa orang Australia ... dia telah menghina kedudukannya sendiri iaitu sebagai Senat,” katanya.
Bagaimanapun, Hanson tidak menyesal dengan tindakannya itu dan berharap semua orang mendapat mesej yang ingin disampaikan.
Sumber: CARI
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wqjKEG
via IFTTT