Thursday, 2 March 2017

Kacang Murunggai? Pokoknya Digelar 'Pokok Ajaib' Khasiatnya Luar Biasa


Kacang Murunggai cukup terkenal sebagai makanan kegemaran di kalangan masyarakat india. Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang mana nama saintifiknya adalah Moringa Olifela. Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini.

Petikan daripada Sinar Harian, Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Ia berguna dalam aspek lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Kajian terkini telah mendapati bahawa Moringa juga mengandungi Cytokinin. Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat membantu untuk meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Hebat kan?


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mPmeEW
via IFTTT