Assalammualaikum.. Aku along , Seorang lelaki lepasan Spm berumur 22 Tahun.. Rasa terpanggil nak kongsi pengalaman aku. Aku tergolong dalam kelompok yang bekerja 12 jam sehari.
Ye kilang.. Kerja yg ramai membuatkan makcik2 dan pakcik2 di luar sana (bukan semua) memandang rendah pada aku..Mereka tak cakap direct tapi dari riak muka dan cara percakapan aku boleh tahu persepsi dia pada aku..Tapi aku sebagai seorang lelaki yg positif memang aku tak ambik port pasal cakap2 org tua ni..
Yg aku nk citer pasal mentality most of us , ramai yg ingat kerja kilang ni kerja yg teruk , takde class , level2 bangla la org kata.. Tak payah ambik contoh jauh , kawan2 aku sendiri la..Bila aku balik lewat selalu kata2 perli tu muncul , ‘ Dah macam bangla dah ko ni..Pergi kerja gelap balik kerja pun gelap’ ..
Aku senyum je sebab aku tahu kerja aku macam mana.. Dia dok kutuk aku tapi dia dok rumah tak keje sebab memilih..Melepak sana sini pakai duit kwsp mak nya yg baru keluar tu.. Puihhh.. Biar aku kerja teruk takpe asal kan aku tak mengemis duit mak bapak.. Cukup 17 tahun diorang dah support aku..Biar lah aku pula cari duit belanja sendiri dari hari2 dok mintak duit melepak ke hulu ke hilir..
Lagi satu dah keje kilang ni normal bagi aku kalau kena OT hari ahad.. Ini pun jadi satu isu utk kawan2 aku.. Hahahaa diorang tak tahu ke OT hari ahad ni masyuk..? Bukan nya straight sebulan aku kerja tanpa cuti..Aku cuti bila aku rasa penat atau ada hal saja.. Dari aku dok rumah tidur hari ahad baik aku dtg keje OT..
Dapat tambah duit poket..Sebulan tak lari 2.5k dgn basic 1200 ni.. Sape nak bagi..? Aku membebel ni bukan nya aku nak citer pasal gaji atau mengutuk kawan2 aku..Tapi bagi aku , majority anak muda memang memilih kerja.. Nak kerja ofis hour.Sabtu ahad nak cuti.. Yela , aku faham siapa yg taknak kan kalau dapat kerja yg selesa mcm tu..
Tapi sebelum kau dapat keje yg kau idam kan tu , ko try la gi keje tempat lain.. Masuk kilang2 besar.. Dan kau akan faham kenapa seorang lelaki muda macam aku boleh tahan kerja kilang yg hari isnin sampai sabtu kerja 12 jam.. Ahad tambah OT 8jam.. Kau akan faham kenapa..
Lagi satu , ko ingat yg keje kilang ni semua jadi operator ke .?? Hahahaaha.. Aku taknak sentuh pasal jenis keje aku. Tapi alhamdulilah sekarang aku kerja dan gembira sebab tak mengemis duit mak bapak … Semua atas usaha sendiri.. Sayonara…
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mVarcA
via IFTTT