Ketaksuban dan kegilaan sesetengah netizen pada zaman ini yang bertindak berkongsi gambar selfie atau swafoto ke laman sosial telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Ramai pemilik akaun dan pengguna laman sosial terutamanya pengguna dari kalangan remaja dikatakan semakin menjadi-jadi dan tidak peka dengan kebersesuaian sesuatu gambar yang dikongsi untuk dimuat naik ke laman sosial.
Semua orang tahu mengenai sesuatu perkongsian yang mempunyai unsur kontroversi dan lain dari yang lain menjadi sangat mudah untuk disebarkan serta tular di media sosial.
Oleh itu, tidaklah menjadi kehairanan di zaman moden ini ramai yang sanggup membuat perkara-perkara yang boleh memalukan diri sendiri hanya semata-mata untuk mendapat publisiti serta menarik perhatian orang ramai.
Aksi Kurang Ajar Cetus Kecaman
Terkini, sekeping gambar wefie yang menunjukkan aksi yang kurang baik dan agak lucah daripada tiga orang gadis bertudung menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga telah disebarkan dan dikongsi dengan secara meluas.
Apakan tidak, aksi mereka yang berposing di atas jalan raya dengan menggayakan kaki terkangkang luas seperti menadah langit telah mengakibatkan rasa kurang senang dan tidak puas hati di kalangan netizen terutamanya wanita.
Jika difikirkan semula, perkara seperti ini yang mengundang berbagai sebab perlu dipandang serius oleh berbagai pihak terutamanya di kalangan ibu bapa.
Ibu bapa wajib untuk meluangkan masa bagi membuat pemantauan akaun media sosial anak-anak, baik lelaki atau pun perempuan. Kerana apa? Berkemungkinan kegilaan seperti ini satu masa nanti akan dianggap perkara biasa serta akan menjadi ikutan di kalangan remaja di Malaysia termasuk golongan wanita.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oey1kv
via IFTTT