Wednesday, 15 March 2017

‘Hijrah Ke Islam Satu Keputusan Yang Betul’ – Kisah Cinta Mat Saleh & Gadis Islam


Ingatkan pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah berkahwin dan sedang menunggu cahaya mata. Pasangan Mat Saleh dan gadis ini menjadi perbualan hangat media sosial baru-baru ini. Melihat foto-foto pasangan ini di Instagram Michael, memang romantis dan penyayang orangnya.

Tapi, apa yang membuatkan Michael membuat keputusan untuk berkahwin dan berhijrah ke agama Islam? Berikut perkongsian Michael:

Sesetengah orang masih pelik dan ingin tahu bagaimana saya dan Adin berjumpa. Jadi ini kisahnya. Pada 2015 saya telah mengembara ke Asia Tenggara dan berfikir betapa bertuahnya dia jika dia dapat merasai pengalaman suasana ketika Ramadan bersama keluarga Muslim tempatan. Selepas membuat carian di laman sosial media, dia terjumpa Adin dan saya menghantar pesanan kepadanya. Apa yang mengejutkan, Adin dengan pantas terus membalas mesej saya dan menjemput saya untuk tinggal bersama keluarga Adin di Medan (Indonesia) selama 3 hari, di bulan Ramadan. Malah bukan sahaja saya tinggal selama 3 hari, saya menetap di sana selama 3 minggu. Dan pada ketika itu bermula segalanya.

Dia dari Indonesia dan saya pula dari negara Belanda. Kami membesar di tempat yang berlainan budaya, tapi ia tak bermaksud kami hadapi masalah budaya dalam perkahwinan kami. Saya cintakan dia kerana dia Adin dan dia sayangkan saya kerana saya Michael. Bangsa kami, warna kulit dan tempat di mana kami membesar tiada kena mengena dengan perkara itu (masalah budaya). Sebenarnya perkara itu mendatangkan kelebihan untuk kami! Kami ada banyak perkara untuk bertukar pendapat dan beri tunjuk ajar. Dan, pada masa akan datang kami akan dikurniakan cahaya mata.

Selama saya pergi mengembara, saya tidak pernah bermalam di hotel atau hostel. Saya selalu tinggal bersama keluarga tempatan. Saya sangat bersyukur saya dapat pengalaman dan peluang yang unik untuk hidup bersama keluarga tempatan di 60 negara.

Kebanyakan keluarga angkat saya di Indonesia dan Malaysia adalah keluarga Muslim. Mereka tidak pernah bertanya kepada saya mengenai berhijrah tetapi mereka tunjuk bagaimana mereka jalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Itu membuatkan saya lebih mahu belajar dan ingin tahu lebih mengenai Islam dan sebab itu saya buat keputusan untuk ambil kelas agama Islam di masjid tempatan (Kuala Lumpur dan Jakarta). Walaupun saya menghadiri kelas tersebut, saya masih tiada niat untuk berhijrah. Guru saya sangat memahami dan niatnya ingin menunjukkan lebih mengenai Islam. Selepas beberapa minggu proses perbincangan, belajar membaca Quran dan solat, saya tahu berhijrah ke Islam adalah satu keputusan yang betul dalam hidup saya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nmmxv2
via IFTTT