Friday, 24 March 2017

Wanita! Elak Ketumbuhan Fibroid & Cyst Dalam Rahim Dengan 7 Cara Ni


Fibroid atau leiomyomata adalah ketumbuhan abnormal yang membesar dalam rahim. Kira-kira 70 hingga 80 peratus wanita berpotensi mendapat fibroid dengan 30 peratusnya wanita di bawah umur 35 tahun.

Aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang adalah salah satu simptom anda mungkin mengalami ketumbuhan fibroid. Simptom-simptom lain adalah kerap membuang air, sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen.

Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.

Elak Ketumbuhan Fibroid & Cyst Dalam Rahim Dengan 7 Cara Ni
  1. Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.

  2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obese berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.

  3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.

  4. Kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah menggalakkan pertumbuhan fibroid.

  5. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.

  6. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.

  7. Sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko ketumbuhan fibroid kerana ia kaya dengan vitamin, mineral, fiber dan antioksidan. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nZmbYa
via IFTTT