Tuesday, 28 March 2017

Gonorrhea Dan Seks Bebas, Nikmat Hanya Beberapa Minit, Tapi Derita Sehingga Kemaluan Bernanah, Bengkak Dan Mandul


Memang diakui kini, budaya hidup masyarakat kita terutamanya segelintir golongan muda telah terlalu jauh terpesong daripada ajarang agama dengan meniru kehidupan budaya barat.

Ada yang mengamalkan sesuatu yang dilaknat dalam agam seperti mabuk dan mengamalakan seks bebas tanpa berkahwin.

Perlu diketahui seks bebas amat merbahaya kerana seseorang itu akan terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin kerana sering bertukar-tukar pasangan yang juga sepertinya.

Bahaya sangatkah penyakit kelamin ini? jom kita baca penerangan yang ditulis oleh Bel Nawhen, seorang jururawat terlatih berpengalaman dalam perkara ini.

Masalah sosial di kalangan remaja masa kini semakin tenat. Mereka mahu bebas melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi oleh mereka termasuk mengamalkan sex bebas dengan multiple partner.

Nikmat beberapa minit ternyata mampu memberi kesan jangka panjang jika pasangan yang ditiduri oleh mereka mempunyai penyakit kelamin.

Baca sahajalah perbualan saya dengan rakan saya. Remaja kita semakin tenat moralnya. Saya yakin, didikan disekolah sudah lengkap dengan moral serta pendidikan keagamaan. Tapi mereka ini, dengan sikap mahu mencuba maka apa yang dipelajari tidak dibuat endah.



Antara penyakit kelamin yang terkenal di kalangan mereka yang mengamalkan seks bebas adalah gonorrhea.

** Penyakit Gonorrhea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhoea. Bakteria ini boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur, atau oral. Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

Bagi kes jangkitan kepada remaja perempuan, kebiasaannya mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mungkin mengalami gejala ringan sehingga menjadi lebih teruk. Mereka juga mungkin;

Merasa sakit ketika membuang air kecil
Mengeluarkan cecair berwarna kuning kehijauan dari vagina.
Mengalami perdarahan antara kitaran haid.

Rebakan jangkitan pula boleh mengakibatkan Pelvic Inflammatory Disease atau radang pelvik.
Jangkitan pada remaja lelaki pula ditunjukkan dengan tanda-tanda seperti ;

Lelehan nanah dari penis.
Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti nanah dari salur kencing.
Rebakan ini boleh pergi ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak.
Gelaja biasanya timbul antara 2-7hari selepas pendedahan kepada jangkitan. Berbeza dengan gejala pada remaja perempuan yang sedikit lewat


Gonorrhea boleh menyebabkan kemandulan kerana parut dari jangkitan yang terhasil di saluran pembiakan.

Jika anda merasakan diri anda atau anak remaja anda mengadu tentang gejala diatas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kebiasaannya rawatan diberikan bersama pasangan.

Doktor akan mengambil cairan dari kemaluan untuk di analisis, kemudian antibiotik akan diberikan.
Harus diingat, pengambilan antibiotik adalah untuk menyembuhkan anda tetapi bukan sebagai jaminan bahawa jangkitan Gonorrhea tidak akan berlaku lagi.

Maka disini, mencegah lebih baik dari merawat. Elakkan dari melakukan sex bebas dan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks yang selamat dan gunakan kondom.

Bagi yang sudah berkahwin, setialah dengan satu pasangan sahaja. Jauhi alkohol dan dadah yang mampu menjejaskan pertimbangan anda.

Seks bebas bukan sahaja menyebabkan anda mengidap Gonorrhea tetapi juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.

Adik-adik remaja kat luar sana. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuhnya ketanah juga kadangkala. Sepandai-pandai anda melakukan hubungan sex tidak kira masa (terjah juga masa haid), dah dapat sakit, semua tak guna dah.

Beringatlah. Tak payah terpengaruh dengan hebatnya cerita rakan-rakan anda di atas ranjang. Mereka lebih kepada bernasib baik.

Notakaki;

Penyakit kelamin boleh dicegah. Samaada kita mahu atau tidak.

Jururawat Terlatih

Pernah menjadi remaja. Alahai, terasa pula dah berusia.

Sumber: Siakapkeli







from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ouMUvj
via IFTTT