Sunday, 26 March 2017

'Monyet Jatuhkan Buah Untuk Saya' - Lelaki Sesat 9 Hari Dalam Hutan Amazon Berkata Dia Dibantu Oleh Sekumpulan Monyet Untuk Terus Hidup


Seorang pelancong yang sesat di dalam hutan Amazon selama lima hari berkata sekumpulan monyet membantunya untuk terus hidup dengan memberi makanan dan membawanya kepada tempat berteduh dan air.

Maykool Coroseo Acuna, 25, dari Chile, hilang dalam Bolivian Amazon ketika sedang bercuti. Menurut Maykool haiwan-haiwan itu menjatuhkan buah-buahan di atas pokok ke tanah.

Maykool berkhemah di Madidi National Park berdekatan Sungai Tuichi dengan syarikat pelancongan Max Adventures sebelum dia sesat di dalam hutan itu.

Menurut laporan National Geographic, pemuda itu dilihat berkelakuan aneh beberapa jam sebelum menghilang.

Ranjer hutan menghabiskan masa beberapa hari untuk mencari Maykool namun gagal.

Bomoh hutan juga telah dipanggil ke tapak khemah tersebut untuk membuat ritual bagi membantu kerana lelaki itu dipercayai telah menyebabkan semangat hutan yang dipanggil Pachamama.

Enam hari selepas hilang, salah seorang ranjer menemui stokin yang dipakai oleh Maykool. Bomoh menggunakan stokin tersebut untuk membuat 'perhubungan' dengan roh Maykool.

Pada hari kesembilan, Maykool berjaya ditemukan apabila ranjer mendengar menjeritan Maykool dari tebing sungai, lebih satu kilometer dari tapak perkhemahan.

Menurut Maykool, dia disengat dan digigit dengan teruk (oleh serangga) ketika hilang, namun dia berjaya terus hidup dengan mengikuti sekumpulan monyet.

Maykool berkata haiwan itu menjatuhkan buah-buahan untuknya makan dan membawanya ke sumber air dan tempat berteduh setiap hari.

"Saya mula berlari (tanpa sebab), saya memakai sandal ketika itu dan fikiran saya berkata: 'tidak, ini akan menyebabkan saya lebih perlahan'".

"Saya buang sandal itu, kemudian saya buang telefon bimbit dan lampu

"Dan selepas habis berlari, saya berhenti di bawah sebatang pokok dan mula berfikir. Apa yang saya dah buat, apa yang saya sedang buat? Ketika itu saya mahu pulang tapi ianya mustahil."

Kisah kehilangan Maykool yang penuh misteri itu dimuat naik oleh National Geographic menerusi satu artikel "Lost Tourist Says Monkeys Saved Him in the Amazon".


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nTYMKC
via IFTTT