Thursday, 23 March 2017

Cara Mudah Simpan Sayur Agar Tahan Lebih Lama Dan Segar


Kebiasaannya apabila membeli sayur, kita akan beli dalam jumlah yang banyak sebab malas nak menyinggah banyak kali ke kedai terutamanya semasa ingin memasak. 

Tetapi masalah utama sayur adalah cepat rosak dan layu jika dibiarkan terlalu lama. Jadi bagaimana hendak memastikan sayur bertahan lebih lama sekurang-kurangnya seminggu?

Usah gusar, ada cara yang sangat mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Sayur anda pasti akan kekal segar dan tidak mudah layu.

Cara-caranya mudah sahaja, hanya menggunakan botol minuman air mineral yang terpakai. Potong botol-botol yang hendak digunakan dan jadikan dua sisi supaya memudahkan kita memasukan sayur-sayuran yang akan kita simpan kedalamnya. 

Letakkan sedikit air sahaja di dalam botol-botol tersebut dan jangan melebihi akar supaya sayur akan kekal segar kerana sentiasa mendapat sumber air. Selamat mencuba!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mWeBMq
via IFTTT