Wednesday, 1 March 2017

Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TIDAK PERCAYA!!


Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!| Pada umur 25 tahun gadis yang bernama Siti Nursyafieqah Abu Bakar, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak dalam menguruskan kewangan. Foto ihsan Facebook Syafieqah A’lya
Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya,
“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan. Sehinggakan saya pernah dikatakan gila. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata diet kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini.”

Maka tidak hairan kisah kegigihan Syafieqah menjadi tular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis superlink dan kereta mewah Subaru XY.
Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.
Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.
Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa, katanya.
=============
Saya nak share sikit step mudah yang saya fikir semua pasangan muda mampu realisasikan
—————————————————
Baru bekerja : umur 23 tahun.
Gaji LELAKI = RM2000
Gaji WANITA = RM2000
Andaikan Gaji meningkat RM100 setahun.
  1. LELAKI pakai dulu motor masa belajar dulu. Jangan beli Kereta dahulu.
  1. WANITA beli kereta Perodua Axia, komitmen bulanan RM500.
  1. LELAKI buat Pembiayaan ASB RM100K @ tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM23,300 + Jual sijil (RM4,500) = RM27,800??(cash)
  1. WANITA buat Pembiayaan ASB 50K , komitmen bulanan RM275, Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM11,650 + Jual sijil (RM2,250) = RM13,900??(cash)
  1. Berkahwin LELAKI & WANITA. Jumlah cash Ada di tangan RM42,700??. Budget untuk majlis perkahwinan RM10,000 sahaja. Kalau parents atau family nak buat lebih havoc, minta mereka yang support. Teguhkan hati dengan budget tersebut. Tidak memalukan rasanya kahwin tidak berlebih-lebihan kan. Lebih baik bijak daripada nampak hebat untuk satu hari. Kita bukan nak berkahwin sehari jer kan.
  1. Bagi Cash PASANGAN ini masih berbaki RM31,700??. Nak buat apa? Cari asset yang positive mendatangkan positive cash flow.
  1. LELAKI Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.
  1. WANITA juga Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.
  1. PASANGAN menyewa dulu rumah untuk tempoh 3 tahun. Kalau duduk dengan family lagi bagus. Untuk sementara waktu. Save sikit budget. Hihi . Baki simpanan masih ada RM11,700??
  1. Dari EPF AC 2 kedua PASANGAN ini boleh menampung RM150 sebulan untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah masing-masing. Jadi komitmen untuk Rumah masing-masing Cuma RM300 sahaja setiap orang.
  1. Dari pendapatan Sewa PASANGAN ini RM600 + RM600 , buat Pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang. Gunakan duit pendapatan Sewa tersebut untuk bayaran bulanan. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Jumlah dividen terkumpul RM46,700 + Jual sijil LELAKI (RM6,300) = RM53,000??
Jumlah cash ditangan Sekarang RM53,000 + RM11,700 = RM64,700??.
  1. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB WANITA sehingga Habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten lagi 22 tahun dan tidak usik dividen untuk tujuan simpanan jangka panjang, selepas 22 tahun. Jumlah simpanan terkumpul adalah RM516,000??
  1. Berbekalkan Cash pada step 11, RM64,700 . Beli pula Rumah untuk duduk sendiri , saya bagi contoh RM300,000 . Buat Pembiayaan bersama antara LELAKI & WANITA jika perlu. Baki Duit cash yang ada juga Boleh digunakan untuk tujuan renovasi minor dan perkakasan rumah yang lain. Komitmen bulanan rumah ini lebih kurang RM1350. Waktu ini gaji pon sudah meningkat dan PASANGAN ini tiada masalah untuk membayar sebab telah memiliki disiplin dan character simpanan yang sudah dibuat sebelum ini. Pandai-pandai la share bayar. Nak hidup selesa bersama kan.
  1. Setidak-tidak dalam tempoh ini mereka sudah ada 3 buah property, kereta pon dah Nak habis bayar, gaji dah meningkat, boleh la upgrade sedikit kereta tu
Disclaimer: Ini sekadar ilustrasi saya tanpa mengira faktor kos-kos yang lain. Bagi saya kos boleh dicukupkan dengan cari pendapatan tambahan tetapi perancangan masa hadapan dan disiplin hanya diri kita sendiri mampu mengubahnya. Tiada alasan, NAK atau TIDAK sahaja.
Sumber:- Kisah Dunia


from :) http://ift.tt/2leK8Nw
via Mudahnya Memasak Di Dapur