Friday, 3 March 2017

Berilah Walau Sikit, Wanita Ini Nasihat Anak Supaya Belajar Beri Wang Kepada Ibu Bapa Untuk Berkat Berganda.. Insha Allah..


Kerana mulia dan besarnya jasa yang sudah ibu bapa berikan kepada kita, berbuat baik kepada mereka dijamin pahala yang sangat besar disisi agama. Bila sudah tua dan tak berdaya lagi buat kerja rumah, apa salahnya anak-anak melayan ibu bapa macam mereka melayan kita masa kecil dulu.

Walau tidak mampu, cubalah belajar untuk memberi kepada ibu bapa kerana berkatnya berganda-ganda. Seperti yang dikongsi wanita ini, ibu bapa enggan menerima wang saku yang diberi sehinggalah raya tahun lepas. Bapanya menerima wang saku dan rupanya itulah salam terakhir mereka.

Emak abah, malah ibu mertua semuanya keberatan menarima wang saku dari kami


“Kali ni abah terima duit kamu…”
Sejak saya resign pada Februari 2013, belum pernah sekalipun saya terlepas dari memberi wang saku bulanan kepada abah dan emak. Lambat pernah, sebab wang dapat lambat atau bonus belum masuk, tapi tak pernah miss setiap bulan.
Pada mulanya, emak abah, malah ibu mertua semuanya keberatan menarima wang saku dari kami. Kata mereka, kami perlukan wang banyak untuk belanja rumah dan sekolah anak-anak. Tapi kami tetap hulurkan juga wang secara konsisten dengan jumlah yang sama. Saya dan suami telah berjanji apa juga keadaan, wang saku parents akan diutamakan dan telah siap-siap di masukkan dalam bajet baru yang dirangka utk ‘cope’ dengan pendapatan yang kurang separuh.
Emak akhirnya mengalah apabila suatu hari saya katakan;
“Emak dulu tak susah ke besarkan kami dari kecik sampai besar? Sekarang salah ke kalau kami susah sikit? Ini pun mengajar untuk hidup juga”
Tapi abah masih kekal dengan penolakan setiap kali. Jadi saya akan kirimkan melalui adik. Beberapa bulan lepas tu adik saya pula minta saya kirim sendiri sebab dia asyik kene marah. Jadi kalau saya balik, saya kene selit bawah bantal dia, kadang kene curi-curi masukkan dalam dompet atau apa juga cara kreatif lain supaya duit tu tetap dapat setiap bulan.

“Kali ni abah terima duit kamu…”


Hinggalah raya tahun lepas, sewaktu seisi salam, abah katakan kepada saya,
“Abah sebenarnya tak sampai hati nk amik duit kamu.Tapi bila abah fikir balik, waktu ni je la kamu nak merasa dapat bagi duit pada abah. Kang kalau abah dah tkde, kamu ade duit 2 juta nak bagi pun dah takde gunanya lagi. Kali ni abah terima duit kamu…”
Rupanya itulah salam raya terakhir.
Kemudian timbul pula satu lagi isu, bila kereta kedua kami rosak berulang kali hingga akhirnya tersadai dan dijual. Sejak awal 2015, MyVi yg sekarang usianya 9 tahun lebih lah yang berjasa besar.
Berulang kali ibu, abah dan emak memberi cadangan. Duit belanja mereka itu tak perlu lah di beri lagi, buatlah bayaran beli kereta yang baru. Susah saya nak hantar suami pergi balik kerja, hantar anak pergi balik sekolah, nak balik kampung, nak pergi outstation. Banyak masa habis di jalan raya.
Belum lagi cerita kata-kata orang yang tak percaya seorang pegawai perubatan pangkat senior hanya berkerta Myvi usang yang dihantar dan dijemput balik oleh isteri pula. Well, kami tak ambil hati dan tak kisah pun.
“Tak mati pun ade satu kereta aje. Hahahaha. Boleh je hidup lagi. Susah sikit biasa la”
Itu jawapan saya sampai sekarang. Memang kalau diikutkan cadangan mereka, kami mampu membeli SUV atau MPV dengan wang belanja tersebut, tapi kami lebih memilih untuk memberi pada yang selayaknya.

Percayalah, sedikit yang kita beri kepada ibubapa, berkatnya berganda-ganda


Mereka dah cukup susah ketika besarkan kita. Sekarang walaupun mungkin kehidupan mereka sudah sedikit selesa, wajarkah kita biarkan tanpa apa-apa? Sekaya manapun sekali orang tua, berilah sesuatu setiap bulan. Mereka tentu akan kata tak mahu susahkan, tetapi wang dan hadiah itulah antara tanda penghargaan kita selain kasih sayang dan menziarahi mereka.
Ramai juga yang saya lihat mengeluh tak mampu berikan wang kepada ibubapa. Saya sarankan mulakan dengan yang mampu. Jika mampu RM5 sebulan, berikan dan tambah sedikit demi sedikit. Memang betul ada yang sungguh tidak mampu tapi percayalah, sedikit yang kita beri kepada ibubapa, berkatnya berganda-ganda.
Jangan pula kata tidak mampu, tapi di FB penuh cerita makan di restoran. atau gambar percutian ditayang di IG penuh ceria. Ia, boleh jadi pergi makan dan percutian yang di sponsor, tapi pokoknya, cubalah memberi walaupun sedikit.
Lain padang lain belalang
Kalau nasihat ini berguna, pakailah
Kalau rasa tak perlu, dan betul tak mampu, saya doakan suatu hari nanti dibuka kan pintu hati supaya hilangkan perasaan tak mampu dan diganti dengan perasaan ‘sedia memberi’.
 credit : www.ohbulan.com


from :) http://ift.tt/2mo6GLG
via Mudahnya Memasak Di Dapur