Saturday, 7 January 2017

Sampai Hati Ibu: Buang Anak Sendiri Dalam Longkang.


KAJANG: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang di sini, semalam.

Bayi berkenaan ditemui kira-kira jam 5.40 petang oleh sekumpulan anggota Unit Peronda Lebuhraya Silk yang terdengar tangisannya selepas menukar tayar kenderaan di pejabat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, berkata anggota terbabit memaklumkan kejadian kepada polis dan Hospital Kajang sebelum sebuah ambulans dihantar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, anggota Unit Peronda turut melihat seorang jurutol wanita mengelap darah pada cermin di tingkap tandas wanita ketika kejadian.

"Wanita itu memberi alasan membersihkan darah rakannya yang pengsan kerana masalah buasir namun selepas disoal siasat, kita dapati dia adalah ibu bayi berkenaan.

"Ketika ditemui, bayi itu masih berdarah di seluruh tubuh.

Pembantu perubatan Hospital Kajang terpaksa memotong tali pusat dan uri bayi berkenaan sebelum dibawa ke hospital.

"Tiada kecederaan luaran ditemui pada bayi itu dan dia kini diberi rawatan susulan bagi menentukan keadaan kesihatannya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ipx0zE
via IFTTT