Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa kerana sebuah taska di Shah Alam menghidangkan makanan yang dianggap menyedihkan kepada anak-anak di bawah jagaan taska itu.
makanantaskaMakanan yang dihidangkan kepada anak-anak taska itu dlihat terdiri dari nasi dengan kuah air, serta secebis telur dadar nipis dan hirisan lobak merah dan putih.
Pengguna Facebook tersebut, Zulfiqry Zulfakar, walaupun pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa, pengusaha taska itu masih menghidangkan makanan pada kualiti sama.
Apa perasaan anak- anak kita bila diberi makan oleh taska dengan lauk yang sedemikian?
Tergamakkah kita sebagai seorang ayah dan ibu beri makan pada anak-anak kita macam ini?
Balik ni, tanya anak-anak kita, apa makanan yang diorang makan dekat taska ..
# kejadian di taska terkenal kawasan Shah Alam.
# berlaku lagi di tahun 2017 lepas 2016 dah dilaporkan.
# kerasnya hati seorang pengusaha taska tersebut.
feeling disappointed.
Kanak-kanak taska sedang berada dalam tempoh di mana mereka membesar dan berkembang dengan cepat, oleh itu mereka memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membantu perkembangan otak dan fizikal.
Mungkin pengusaha taska patut menyediakan makanan yang lebih seimbang untuk anak-anak. Perkara ini ada disentuh dalam modul Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dikeluarkan oleh PERMATA Negara di bawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Diharap pengusaha taska tidak memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan makanan seimbang untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak yang sihat. – Zulfiqry Zulfakar
Sumber: amazingnara.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i9EYPM
via IFTTT