Wednesday, 7 August 2019

Proton Saga 2019 Facelift, Harga Bermula RM32,800 Hingga RM39,800


PROTON Holdings Berhad (Proton) melancarkan model Saga 2019 dengan tiga varian ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton Saga adalah sinonim dengan jenama Proton yang mula diperkenalkan 34 tahun lalu yang kini diberi sentuhan rekaan terkini sesuai untuk golongan sasarnya.

“Melalui slogan Pilihan Yang Pintar dengan tiga ciri utama iaitu gaya mengujakan, penjimatan bijak dan kestabilan mantap, Saga kini dilengkapi gaya baharu, kotak gear empat kelajuan dan ciri pintar mendahului dalam kelasnya,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking.



Hadir sama, Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Mohammad Zainal Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, serta Timbalannya, Datuk Radzaif Mohamed.


Kredit gambar paultan.org

Proton Saga 2019 dijual pada harga RM32,800 (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium AT) dengan pakej servis untuk kos pekerja percuma sebanyak tiga kali atau selama satu tahun, kadar faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.98 peratus setahun dan pakej insurans.

Pada bahagian luaran, Saga 2019 dipasang bampar hadapan baharu dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan gril menerima ciri signatur ‘Infinite weave’ yang mula diperkenalkan pada X70, Iriz dan Persona.


Bampar belakang dengan spoiler yang baharu, nama Proton pada penghujung penutup but dan rim aloi bersaiz 15 inci menyerlahkan rekaan keseluruhan.

Ruang dalaman dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci terapung (floating screen) untuk ketersambungan fungsi hiburan dan maklumat, Bluetooth, simpanan dalaman 16GB dan sambungan ke telefon pintar Android.

Tempat duduk juga diberi sentuhan baharu, konsol tengah, paparan meter dengan Bantuan Pemanduan Eco serta tiga pengecas USB, kunci pembuka but, pelindung matahari dengan pemegang kad dan cermin, lampu peta LED dan pemegang gengaman baharu sepadan material yang digunakan dalam kabin.

Melalui kotak gear baharu yang menggantikan CVT itu memberikan pengendalian lebih baik untuk daya brek sama seperti terdapat pada Iriz dan Persona dan mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH).

Untuk sistem keselamatan Saga 2019 dilengkapi Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk ketiga-tiga varian yang turut dilengkapi dengan beg udara depan, sensor tempat letak kereta belakang dan ISOFIX dengan top tethers.

Tambahan pada varian Premium adalah Bantuan Kawalan Cerun, pengesan tempat letak kereta hadapan, kamera undur dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Saga 2019 menjadi satu- satunya kereta yang berharga kurang daripada RM40,000 dilengkapi ciri itu.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2T9dKtm
via IFTTT