Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat di Malaysia di mana pada tarikh 31 Julai 2019, perbicaraan tentang kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017 lalu.
Sujud syukur bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh 2 Oktober mula perbicaraan. @501Awani pic.twitter.com/q3i2Gs3y1r— Madi (@madhiamadani) July 31, 2019
Lebih memilukan, mangsa didakwa telah diperlakukan sehingga ditekap dengan seterika wap yang menyebabkan mangsa mengalami komplikasi luka lecur hampir 80 peratus pada permukaan badannya.
Pada hari ini, satu kejadian yang menyentuh perasaan semua, bapa arwah Zulkarnain Idros sujud syukur selepas keluar daripada pintu mahkamah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan 18 daripada 19 orang tertuduh dalam kejadian cedera hingga mengakibatkan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh perbicaraan selanjutnya adalah pada 2 Oktober 2019.
Mahkamah perintahkan 18 pelajar UPNM bela diri atas tuduhan bunuh dan cederakan rakan seuniversiti, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017— BERNAMA (@bernamadotcom) July 31, 2019
Sumber: BERNAMA
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2GH92OO
via IFTTT