Thursday, 15 August 2019

Paru-Paru Lelaki ‘Runtuh’ Gara-Gara ‘Tarik’ Lagu Tinggi Masa Karaoke


Kebanyakan orang pastinya sudah mempunyai pengalaman menyanyi karaoke sama ada di pusat-pusat hiburan ataupun di rumah sendiri. Aktiviti berbentuk hiburan ini jelas dapat menzahirkan rasa tenang dan gembira di dalam diri setiap orang.

Namun begitu, anda tetap perlu berhati-hati ketika menyanyi kerana terdapat satu kejadian yang menyebabkan paru-paru seseorang ‘runtuh’ selepas menyanyikan beberapa lagu.

Kejadian yang berlaku di China itu melibatkan seorang lelaki berusia 65 tahun terpaksa menerima rawatan setelah melakukan ‘maraton’ menyanyikan lagu. Menurutnya, dia merasakan kesakitan pada bahagian dada selepas menyanyikan 10 lagu secara berturut-turut.

Saya sangat teruja dan selepas menyanyikan beberapa lagu dengan ‘notes’ yang tinggi, saya mendapati bahawa diri mengalami kesukaran bernafas. 

Ketika itu, dia merasakan bahawa keadaan itu merupakan sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah gagal untuk menyanyikan lagu-lagu itu sebelumnya.


Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk mengabaikan ketidakselesaan tersebut dan ianya menjadi lebih parah selepas dia pulang ke rumah. 

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mendapati bahawa lelaki paru-paru lelaki berkenaan runtuh. Komplikasi itu adalah disebabkan tekanan paru-paru yang tinggi ketika lelaki berkenaan menyanyi menggunakan ‘notes’ yang tinggi. 

Tambahnya lagi, kecederaan ini merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan lelaki terutamanya mereka yang telah mencapai usia pertengahan umur ataupun lebih tua. Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh semua orang kerana kecederaan ini terbukti boleh mengancam nyawa. 

Sumber: SCMP via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33MhS7M
via IFTTT