Dalam setiap kegembiraan dan keceriaan seseorang itu pasti ada waktu duka dan getir yang pernah dilalui.
Penyanyi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Silvia Nanda juga tidak lepas daripada melalui detik hitam dan perit dalam hidupnya.
Menurut satu sumber, Upiak berkata dia pernah menangis selama tiga hari kerana terlalu sedih ditinggalkan suami. Hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada kelurga mentuanya.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.
“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,” katanya kepada Mstar Online.
Hanya kerana lagu Tak Tun Tuang ini, penyanyi ini berkata dia dituduh kurang siuman oleh keluarga mentuanya dan itu membuatkan dia berazam untuk terus buktikan kepada semua yang dia mampu bergelar penyanyi.
Dalam pada itu, Upiak turut berkata dia tidak menolak untuk terus menetap di Malaysia untuk meneruskan kerjayanya namun begitu dia masih perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan itu.
“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini.
“Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.
Dalam hidup setiap orang pasti akan ada saat suka dan duka, Kami doakan agar Upiak terus berjaya selepas ini dan menjadi lebih kuat untuk melalui segala ujian dalam hidupnya.
Sumber: Mstar Online via Media Hiburan
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2npiBKY
via IFTTT