“TIADA apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai perilakunya dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.
Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.
“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.
“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.
“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya kepada Harian Metro.
Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia.
“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.
“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” katanya.
Iqram turut memaklumkan dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.
“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang ,” katanya.
Perangai pelik Iqram mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.
Bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2B5RkQa
via IFTTT