JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini Ahad atas tuduhan memperdaya pelanggannya menyerahkan wang sebanyak RM5,000 pada Mac lalu.
Tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Mengikut kertas pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25 dengan menawarkan pakej perkahwinan murah dan mendorong mangsa memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaun bank atas nama tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, di sini pada bulan Mac lalu.
Mohd Azlan Shah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, 19 Oktober lalu Zurina dituduh di Mahkamah Majistret Klang, Selangor atas dua dakwaan memperdaya seorang ibu bakal pengantin sehingga membayar wang pendahuluan pakej perkahwinan berjumlah RM7,000 pada Mac dan Jun lalu.
Zurina turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 20 November lalu atas dakwaan memperdaya seorang bakal pengantin untuk menyerahkan deposit sebanyak RM8,500, antara Mac hingga Mei lalu.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - Sinar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2k5grvF
via IFTTT