KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan kenyataan dibuat pada siaran langsung musim keempat, Gegar Vaganza (GV4) yang dikatakan ditujukan kepada bekas peserta program realiti itu, Elyana lapor Berita Harian.
Vida memberitahu, dia tidak terasa hati dengan perkongsian 'live' Instagram dibuat Elyana yang menafikan dirinya mengamalkan produk Pamoga yang diasaskannya.
"Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula.
"Bagaimanapun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk menyimpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya mengguris perasaan Elyana.
"Saya memahami keadaannya... Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana," katanya.
Vida mengulas kenyataan dibuat Elyana yang dikenali dengan imej berkaki ayam ketika menyanyi, yang menafikan dia menggunakan produk Pamoga.
Elyana melalui aplikasi 'Facebook Live' meminta mana-mana pihak tidak mengaut keuntungan mudah selepas dia mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat.
Dua minggu lalu, Elyana mengejutkan peminat dan rakan artis apabila mengaku sudah lima tahun bertarung dengan penyakit kanser. Berikutan itu, penyanyi lagu Kalis Rindu iu dihujani sokongan peminat yang mendoakan penyakit itu cepat sembuh.
Sumber: Berita Harian
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kpPS3F
via IFTTT