Bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4) Lan tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan Kristal.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, akui membuat keputusan tersebut dengan berat hati.
“Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.
“Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.
“Dengan rasminya, depan semua orang...Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik,”katanya.
Lan ditemui selepas tamat konsert kelima GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.
Tambah Lan lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkata apa-apa jika ahli kumpulannya melakukan sesuatu tanpa mengadakan perbincangan bersama sebaliknya dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.
“Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.
"Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.
“Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.
“Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.
“Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.
"Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?
“Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai GV 4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal.
Dalam pada itu, Lan juga berharap agar tiga anggota Kristal yang lain iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya.
“Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kfqd1u
via IFTTT