Saturday, 2 December 2017

Keghairahan Menggunakan Aplikasi Pitu, Wanita Bertudung Pun Kini Dapat Dilihat Dalam Keadaan Seksi


Baru-baru ini tular mengenai satu aplikasi percuma yang mampu mempercantikan gambar swafoto serta pelbagai filter. Namun tidak hanya filter, aplikasi ini juga fitur make up dan cosplay. Aplikasi ini dikenali dengan nama pitu.

Rata-rata pengguna pitu ini adalah dikalangan gadis dan wanita. Apa yang tidak enak dilihat cosplay aplikasi ini agak terdedah sehingga mendapat teguran.


Menurut perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi, aplikasi ini akan merosakan penggunanya, di samping membahayakan kaum wanita. Ikuti penjelasannya.


Saya tujukan post ini untuk kaum wanita yang menutup aurat. Tak kisahlah statusnya masih bersekolah, belajar di IPT, bekerja, berkahwin atau sudah jadi emak-emak.

Ketahuilah, aplikasi PITU ini menjahanamkan dan merosakkan diri kalian. Apa yang kalian fikirkan saat menggunakannya?


Kenapa ghairah kemain gunakan ia dengan edit sedemikian rupa? Dahagakan pujian? Atau cuba meraih secebis likes?

Saya tak ada masalah andai kau suka-suka tangkap gambar, edit kemudian simpan di folder phone sendiri. Paling kurang kau sahaja yang akan tengok. Yang pergi upload di media sosial buat apa?


Kau nak bagi lelaki-lelaki gersang di luar sana membayangkan diri kau yang tak bertudung ke? Sebab itu lelaki dalam post berkenaan letakkan caption sindiran/ sarcasm agar kau faham.

Yang lelaki pun sama. Kalau kau nampak orang perempuan upload gambar begini, tegurlah elok-elok. Boleh jadi mereka tidak tahu.

Baik perempuan mahupun lelaki, tolonglah gunakan akal yang telah Tuhan berikan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan. Tanya dalam diri, elok ke tidak apa yang aku buat tu.

Nak salahkan Yahudi juga ke kalau diri sendiri yang mudah terjebak dengan apps yang tah apa-apa?

Berhentilah.

Sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan yang kau sayangi. Thanks.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ibr9iW
via IFTTT