Tuesday, 12 December 2017

Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Neelofa


NAMA pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat pada malam Selasa apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Pihak produksi yang telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.


Suasana di belakang pentas ketika pihak produksi berbincang dengan Fattah Amin akan kemunculannya sambil diperhatikan Fahrin Ahmad. Foto:Aqoimran.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan situasi berkenaan.


Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan bersikap tidak profesional apabila enggan bertemu dengan Neelofa.

“Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahan la tu nak hadap muka Lofa.

“Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah dekat Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

“Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa,” komen beberapa orang netizen di laman Instagram Meletop.

Rancangan itu disiarkan secara langsung pada setiap Selasa, pukul 9 malam.


Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi berkenaan berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi mStar Online memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Terdahulu Fattah pernah dikecam tidak hadir ke program itu pada Mei lalu.

Namun dia memberi alasan tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.

Pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi pengacara pada malam berkenaan.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yjiSPx
via IFTTT