Seorang wanita yang dikenali sebagai Cyntoia Brown berasal dari Amerika Syarikat. Dia mengalami kehidupan yang menyedihkan sepanjang hidupnya dan dia juga telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana berusaha melindungi dirinya dari serangan seksual.
Kisah bermula apabila ibunya dikatakan hamilkan Cyntoia selepas dirogol ketika remaja dan pada waktu itu ibunya tidak mempedulikan kandungannya dengan meminum alkohol serta mengambil dadah menyebabkan Cyntoia mengalami kelainan ketika dilahirkan dan perkembangan otaknya pun terganggu.
Namun tidak berapa lama selepas dilahirkan, ibunya menghantarkannya ke sebuah keluarga di Tennessee. Dan dari situ bermulanya mimpi buruk bagi Cyntoia.
Sejak dari kecil, dia selalu dipukul serta ditendang ayah angkatnya sehingga pada usia 16 tahun, Cyntoia memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan pembelajaran ke sekolah dan dia bertindak lari diri dari rumah.
Semenjak perisitwa itu, dia mula berjinak-jinak dengan pergi ke bar pada setiap malam dan mula mengenal ganja. Dan boleh dikatakan setiap hari dia akan bergaul dengan lelaki-lelaki yang umurnya lebih tua daripadanya. Pada suatu hari, dia telah ditahan kerana kes dadah. Namun di penjara, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang juga seorang banduan, Garion McGlothen.
Setelah dibebaskan dari penjara, mereka perlahan mulai jatuh cinta antara satu sama lain. Hingga pada suatu hari, McGlothen dan Cyntoia memutuskan untuk tinggal bersama di sebuah motel. Pada malam itu, dengan di bawah pengaruh dadah, McGlothen telah memperkosa Cyntoia.
"Dia turut mengatakan kepadaku bahawa beberapa orang dilahirkan sebagai pelacur dan aku adalah salah satunya,' kata Cyntoia. Sejak dari itu, dia dipaksa untuk menjadi pelacur dengan harga $250 dan menggunakan wang hasil pelacuran itu untuk membayar sewa tempat tinggal serta membeli dadah.
Pada tarikh 5 Ogos 2004, seorang agen perumahan yang berusia 43 tahun bernama Johnny Allen telah melihat Cyntoia dan merasa suka terhadapnya. Pada hari tersebut, Allen mengajak Cyntoia pulang ke rumahnya, Ketika mereka sedang bermakan malam, Allen sempat mempamerkan koleksi senapangnya.
Setelah selesai makan malam, Allen telah mengajak Cyntoia untuk berhubungan intim tetapi ditolak Cyntoia lalu Allen mencari sesuatu di bawah tempat tidurnya.
Cyntoia yang pada ketika itu ingat Allen sedang mecari pistol untuk menembaknya lalu dia segera mengambil pistol miliknya sendiri yang diberikan oleh McGlothen dan kemudiannya Cyntoia telah melepaskan sedas tembakan di kepala Allen.
Tidak lama selepas itu, Cyntoia ditahan oleh pihak polis dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup walaupun Cyntoia sudah mengatakan bahawa tembakan itu adalah usaha untuk melindungi diri.
Dan kini Cyntoia sudah berusia 29 tahun. Sepanjang dipenjara dia selalu berkelakuan baik dan dia sudah pun berhasil mendapatkan ijazah dan sedang berjuang mendapatkan gelaran sarjana tetapi dia tidak boleh mendapatkan kebebasannya.
Pada tahun 2011, Daniel H. Birman, seorang pengarah telah mengangkat kisah Cyntoia ke dalam sebuah filem (Me Facing Life ; Cyntoia's Story). Baru-baru ini, kisah Cyntoia kembali tular di laman sosial. Kisah tersebut telah menarik perhatian semua orang Amerika termasuk selebriti dunia seperti Rihanna, Lauren Jauregui, serta Kim Kardashian.
Kim Kardashian berkata, “Sistem hukum sungguh membuat frustasi. Gadis muda itu melepaskan tembakan kerana berusaha untuk melindungi diri. Semalam saya sudah menghubungi peguam. Mari kita lihat apa yang boleh dia lakukan.”
Rihanna berkata, “Siapapun yang menghukum anak ini, semoga dia tidak memiliki anak sampai bila-bila, kerana anak perempuannya boleh saja mendapatkan hukuman yang sama.”
Walaupun banyak selebriti dunia yang membela Cyntoia, namun Jeff Burks, hakim yang membuat hukuman Cyntoia, berkata, “Cyntoia tidak mungkin dianggap sebagai mangsa, kerana ia sendiri adalah seorang pelacur. Hal ini tentu tidak adil bagi keluarga Allen.”
Sumber: Berita Media Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BbpuVP
via IFTTT