Perbuatan seorang lelaki yang cuba mencuri barang pelanggan lain di sebuah restoran makanan segera terbongkar, apabila anak perempuan kepada lelaki itu membuka mulut.
Menurut Husna yang berkongsi pengalamannya itu berkata, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup mengajar anak perempuannya bahawa perbuatan mencuri itu tidak salah. Malah isteri lelaki itu juga bersubahat dan apabila menyedari perbuatan mereka terbongkar, pasangan itu segera keluar dari restoran berkenaan.
"There I was peacefully enjoying my yummy messy Chizza. Tiba-tiba sos cili tak cukup. Nasib baik tempat ambil sos cili itu di sebelah saya saja. Saya bangun kejap untuk ambil sos and so without thingking I left my phone, keys and purse on the KFC table. But it was completely visible to me and I did not leave them out of my sight.
"Tiba-tiba ada seorang lelaki dari meja sebelah datang dan ambil telefon dan purse saya. Saya terus memanggil dia.
"Hey! Itu saya punya."
"Dia terkejut dan berkata, "Oh, ingatkan ada orang tinggalkan tadi. Saya nak pulangkan di kaunter KFC."
"Oh, okay. Tak sampai seminit pun orang tinggalkan. Tapi tak apalah, mungkin dia benar-benar maksudkan begitu.
"Apabila lelaki itu kembali ke mejanya yang berada tidak jauh dari meja saya, anak perempuannya berkata,
"Baba cakap nak curi telefon dengan dompet purple tu bagi adik. Cepatlah ambik."
"Kemudian budak perempuan itu kena tepis dengan mak dia.
"Kids are so damn honest. I was so awkward because they know that I heard that, tapi diorang masih buat-buat normal makan saja di sebelah.
"The kid insisted, "Cakap nak ambik bagi adik tadi. Nak telefon purple."
"Diorang bengang, lalu bangun cepat-cepat, bungkus-bungkus dan keluar.
"Yeah, maybe the whole thing was my fault for leaving my belongings unattended. But mister, what kind of lesson are you teaching your young daughter? That it is alright to take another person's belonging? Not cool sir.
"Ate my Chizza in silence, tasted bitter from the experience but at least I learned somthing today," tulisnya.
Sementara itu di media sosial, netizen juga terkejut dengan tindakan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu.
"Whole family of thieves. That's digusting. They are not even poor, just greedy and entitled," - Punitha Udaya Kumar.
"Wow! That's why younger generations becomes more and more f*cked up nowadays. We got some a**hole parents it seems!" - ZOra Astovia.
"Jadi tak peliklah kalau mak bapak sekarang terlalu memanjakan anak sampai sanggup mencuri barang hak orang semata-mata nak puaskan hati anak sendiri." - Razo Mahaad.
Ibu bapa sepatutnya menerapkan amalan dan sikap yang baik kepada anak agar mereka menjadi manusia yang baik di masa depan. Biarlah tidak berkemampuan, daripada mencuri hak orang.
Jangan disebabkan sikap yang tidak baik itu, anak akan menjadi rosak dan menganiaya orang. Kelak bila anak sudah menjadi penjenayah, barulah ibu bapa nak menyesal.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zMlLKr
via IFTTT