Monday, 11 December 2017

5 Lagu Berhantu Cabar Keberanian Korang, Kalau Berani Dengar Sekarang!


Cerita dan filem hantu sentiasa berjaya menakutkan penonton mereka. Walaupun tahu ia hanya sekadar lakonan namun apabila mendengar perkataan ‘hantu’ sahaja sudah buatkan kita meremang seluruh badan.

Namun bagaimana pula dengan lagu-lagu berhantu? Adakah impaknya akan sama?

Disini kami senaraikan 15 buah lagu yang pernah dikatakan berhantu dan cabar korang untuk dengar lagu ni sendiri

1. Lingsir Wengi


Lagu ini dikatakan sebuah lagu ritual kepercayaan orang Jawa yang memuja dan memanggil hantu. Hantu yang dimaksudkan adalah kuntilanak

2. Nina Bobo


Lagu yang menyimpan sebuah kisah tragis memilukan ini ada kena mengena dengan sebuah keluarga belanda yang tinggal di Indonesia.

Menurut kepercayaan orang ramai, keluarga ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Nina. Dia telah dirasuk oleh mahkluk halus selama berbulan-bulan.


Selepas baik, Nina meminta ibunya untuk mendodoikannya kerana terlalu penat dan ingin merehatkan badan. Oleh itu, si ibu menyanyikan lagu Nina Bobo.

Namun, itulah lagu terakhir yang didengarinya dan sejak itu lagu ini dikatakan ‘berhantu’. Menurut beberapa sumber, jika ia dinyanyikan oleh si ibu buat anak-anak, roh Nina pasti akan muncul dan menjaga anak itu.

3. Gloomy Sunday


Lagu ini dikatakan sebuah lagu kematian popular pada tahun 1935. Penulis lagu ini sebenarnya telah menciptakan lagu ini buat kekasihnya. Namun sebaik sahaja ia siap sepenuhnya si kekasih telah meninggalkan surat terakhir dengan kata ‘Gloomy Sunday’.

Sejak itu banyak perkara-perkara aneh telah terjadi. Malah ramai yang mengaitkan akan ada satu semangat yang akan menyelubungi pendengar hingga mendorong seseorang itu bunuh diri.

Isu ini telah menyebabkan lagu ini tidak mendapat kebenaran untuk dimainkan di corong-corong radio atau tempat awam.

Pernah terjadi, ia diputarkan secara terbuka dan telah menyebabkan 200 orang bunuh diri secara serentak.

Malah, kalau dihayati lirik ini ia seakan mengajak para pendengarnya untuk buat sesuatu yang dasyat namun sejauh mana kebenarannya dan adakah benar, sehingga kini ia masih menjadi satu misteri.

4. Asereje



Jika di Malaysia lagu ini pernah mencipta satu fenomena hebat dalam industri nyanyian. Di negara mereka sebenarnya lain ceritanya.

Menurut satu kajian, di sebalik tariannya yang disangkakan lucu itu ia mempunyai satu mesej yang agak menakutkan dan berkaitan dengan pemujaan syaitan.

Malah, lirik yang dinyanyikan mereka sendiri langsung tidak dapat diterjemahkan dalam bahasa Spanyol terutamanya di bahagian reff.

5. Reverse


Lagu nyanyian Karl Mayer ini merupakan lagu yang paling seram. Jika di dengar, lagu ini mampu membuatkan kepala pening kerana banyak benda-benda aneh dan boleh menimbulkan perasaan negatif pada sesiapa yang mendengarnya.

Lagu ini juga dikatakan akan menyebabkan beberapa gangguan seperti sakit telinga, migraine, paranoid dan boleh menyebabkan minda seseorang terganggu.

Sumber: MEDIA HIBURAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AeOlo9
via IFTTT