Sudah menjadi kelaziman bagi kita untuk mencuba sebelum membeli terutamanya saat berada di gedung kecantikan seperti Sephora. Ya lah, jika tidak cuba, mana nak tahu keserasiannya dengan warna kulit kita betul tak?
Namun, berkongsi barangan peribadi seperti kosmetik bukanlah cara paling ideal lebih-lebih lagi apabila anda mengoles gincu yang sudah pernah dioles ke atas bibir orang lain seperti gincu-gincu sampel (tester) yang dipaparkan di rak.
Berlaku di California, seorang wanita dilaporkan mahu menyaman syarikat pembekal barangan kecantikan dan kosmetik antarabangsa itu sebaik dia disahkan menghidap jangkitan Herpes oral selepas mencuba beberapa tiub gincu di rak gincu sampel yang ada di sebuah cawangan Sephora.
Jelasnya lagi, walhal sebelum ini dia tidak pernah mempunyai sejarah berkaitan penyakit berjangkit itu.
Menurut laporan yang dikeluarkan TMZ, wanita itu nekad menyaman kerana Sephora tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran kepada para pelanggan tentang risiko kesihatan apabila menggunakan sampel-sampel mereka dan ini menyebabkan (dirinya) diserang gangguan emosi yang dijelaskannya sebagai “kesengsaraan seumur hidup”.
Contoh bengkak dan kudis di bibir yang disebabkan virus berjangkit jenis Herpes 1. Sumber: Helthline
Menurut artikel yang ditulis Huffington Post, doktor pergigian kosmetik, Thomas P. Connelly, D.D.S. menjelaskan, hal itu logik berlaku. “Hampir semua objek yang bersentuhan dengan bibir boleh menjadi perantara atau punca jangkitan Herpes jenis 1 (herpes mulut)”. Thomas juga menyatakan bahawa, perkongsian gincu seumpamanya adalah berbahaya dalam kalangan individu yang tidak dikenali.
MAKLUMAN TERKINI!
Sephora mengeluarkan sebuah kenyataan berhubung isu jangkitan herpes menerusi produk sampelnya seperti berikut:-
“Adalah menjadi dasar kami untuk tidak memberi komen mengenai sebarang hal berkenaan tindakan undang-undang, Namun, kesihatan dan keselamatan klien kami adalah yang paling utama. Kami sangat mengambil kira tentang kebersihan dan sentiasa mengamalkannya di gedung-gedung kami.”
Walau bagaimanapun, Kami ingin menasihatkan anda supaya terus berhati-hati dan jangan lagi mengoles gincu sampel terus ke permukaan bibir. Jika ingin mencuba sekalipun, cukup sekadar mengoleskan di bahagian kulit tangan bagi melihat kepadanan warnanya dengan tona kulit.
Boleh juga muat turun aplikasi Sephora di telefon pintar untuk cuba gayakan gincu secara visual menerusi Sephora Virtual Artist.
Sumber: https://www.wanista.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iwwGQU
via IFTTT